Pages

Tuesday, May 3, 2011

Caramel CheeseCake

 one recipe that all the cheesecake lovers should not miss...very the sedap one...i tell yer !! tapi kan caramel dia bila dah lepas bakar jadi ghaib...mungkin terbuat tercair kot caramel dia!! tah lah.... tapi rasa lemak caramel tuh menjadikan  kek nih  begitu uniq sekali...biarpun tak nampak blobs of caramel tuh..mokwo personally suka caramel yg dah di 'infuse' dlm cheese filling tuh...really like it  that way...

next time masuk ajer lah sekali harung caramel tuh dlm cheese dia...senang kerjaan ku! dak pun lepas bako , kita topping2 dia ajer ngan caramel yg lemak manis ituh !!

cheese cake ..adalah kek yang tak sepatutnye merekah tika di bakar..sebb itulah, kebiasaan cheese kek di bakar dengan kaedah steam bath dgn  suhu yang biasa di gunakan adalah sekitar 150C sahaja ..so masa yang di ambil bagi oven mokwo nih hampir 1 jam lebih.....tu yang kekadang sangat bercinta nak membuat satu2 cheese kek....kalau kek tuh merekah jugak...boleh cover line dgn topping2 yg sedap2 like blueberries or whipped cream...no hal!

lagi satu..untuk memastikan cheese kek nih dah masak ke belum..tak perlulah di cucuk dgn lidi ke hape ke....cukup lah sekadar goyang2 ayu oven tuh..dan bila permukaan atas tuh dah nampak tegap , tak bergoyang2..maka kek telah pun masak..boleh tutup api n keluarkan dari oven terus yek!

tapi  segala usaha berbaloi2 lah, kalau rasa nya kena dgan citarasa seisi keluarga...dan seingat2 mokwo dah lama  jugak mokwo tak beli cheese kek di kedai2 kek....yg buat sendiri semestinya lagi sedap !!

so untuk tidak menjadikan u ols gemuk...mokwo tayang kek sekeping je lah...pakat cobek skit2 yerr! hihihi



mokwo ceduk resepi from yani myr
sungguh lemak berkrim di sukai ramai !!! tq vm yani..

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Krim  
  • 250g cream cheese - suhu bilik
  • 3 biji telur
  • 1cwn(200ml) sour cream
  • 1cwn(200ml) fresh cream (mokwo guna Anchor UHT cream )
  • 120g gula  ( mokwo guna 140gm )
  • 2 sudu besar corn starch / tepung jagung
  • beberapa titik vanila esen
  •   
  • Lapisan bawah 
  • 100g biskut marie/ graham cracker
  • 50g butter(cairkan)
  •  
  • Caramel
  • 1/4 cwn(50ml) fresh milk ( mokwo guna susu UHT full cream )
  • 80g gula 
  • 1/4 cawan air ( mokwo tambah )

Cara-cara

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul 
  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. masak till pekat.  Ketepikan
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula ->; esen vanila ->; sour cream ->; telur ->; corn starch ->; fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
  5. Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang. ( mokwo guna api 150C all the way, jadi tak perlu aluminium foil )

7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

supaya sy tidak gemuk, sy pun menggegetnya sedikit sahaja.. hehehe.

Hanim said...

wooo sedap tu...nak cube la nanti yum3

PapaCheong's 拿手好菜 said...

Look so nice! Must be very Yummy!

Papacheong
http://home-cook-dishes-for-family.blogspot.com/

ady said...

as-salam
sungguh menyelerakan yummy..

Acik Erna said...

assalam mokwo akak memang suka makan cheesecake..tapi beli je seketui..tak pernah buat sendiri lagi..

Ayu said...

Assalam mokwo,
cheese cake yang jenis macam ni kita belum attempt lagi..bukan apa pelanggan tetap kat rumah ni BANYAK SONGEH..selalunya cheese yang kita letak dalam kek, dia orang tolak ketepi..hehe..

Yat Maria said...

Salam Mokwo

sihhh, mu wat ni cheesecake sungguhla menawan...cam kita nak cekut jer kat screen tu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...