Pages

Thursday, May 5, 2011

bukan favourite tetapi penuh khasiat !!

ni ghopa bendi terlebih masak.....!


BENDI GORENG TELUR

 bendi adalah antara sayur yang hampir2 tak masuk list dalam rumah mokwo...
dengan keaadan semula jadi nya yang berlendir...bendi kurang mendapat tempat di kalangan keluarga 


 tapi kalau di ikutkan khasiat... bendi nih memang penuh dengan vitamins n minerals terutama sekali kalsium..so, amat baik nyerr utk kita orang pompuan yang senang sangat reput tulang

lagi satu khasiat bendi..ianya dapat memudahkan orang mengandung untuk bersalin..mungkin sebb ada extra lendir yang boleh bertindak sebagai gris..!

kalau nak kurangkan lendir bendi bolehlah dicelur sekejap bendir dengan air didih yang telah di masukkan cuka, atau asam keping atau 1 sudu kecil minyak masak...so far mokwo biasa guna cuka..tapikan still ada lagi lendir...nak buat cam no ..dah nature bendi tu memang berlendir !!! 
bendi rebus nih kalau kena sambal cencalok ka...tempoyak ka...emmmm  emmmm...nikmat dunia betul!


cencalok les copeq...!!!


resepi mokwo copy dari mat gebu..senang dan simple je nih...too bad i have to omit all the chillis..jadi kaler masakan mokwo tak meriah, tak vogue sangatlah...budak kecik punya pasai! tapi kan tukang perabih ..moookwooo laaah jugak!


resepi dari mat gebu -- dapur tanpa sempadan
tqvm mat gebu!


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan ( mokwo celur sekejap dalam air panas + 1 sudu kecil cuka tanpa membuang tangkai nya )
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(mokwo guna ikan bilis *ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA ;-)
  1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..

6 comments:

Cendana Kasih said...

السلام عليكم

Ya Betul...masa bulan2 terakhir mengandung, saya makan bendi tiap2 hari... tp saya suka bendi, tak jadi masalah ler...

Acik Erna said...

assalam mokwo..amboi..menggoda betul cencalok dengan cili api yang merah menyala tu..
rasa tak sabar nak makan nasi panas2 dengan cencalok..habis lari dietnya mokwo..

mokwonik said...

to noorma:
mokwo pun suka gak bendi nih cuma bila masak tak de geng nak makan

to acik erna:
kak erna nape dah tuko jadi achik erna..hihi..alahai tersa lah mokwo nih dah tua gak ! nak diet boleh kak..tolak nasik ..kita cicah2 bendi ajerr! ala2 salad gituw

K.Nor said...

mokwo dear.. tak nak kasi berlendir mudah jer..
1. basuh dulu bendi tu
2. pastu toskan, biar sampai kering betul2
3. kalau nak cepat sbb nak goreng dah, lap sket dng kitchen towel biar bendi betul2 kering
4. masa potong tu, bila dah banyak sket kita potong, akan lekat biji kat pisau kan, haa.. basuh pisau tu dan buang lendir/biji yg lekat di pisau.. pastu lap biar kering pisau tu
5. pastu bila nak goreng, pastikan tumisan/rempah yg digoreng tu dah cukup masak, masukkan bendi, bukak api kuat sket biar bendi cpt empuk. jgn goreng lama2 nanti dia start keluar lendir. angkat dan terus serve..
insyaallah.. bendi goreng tak berlendir.. kalau ada pun, sket2 jer..
bendi ni pantang dia satu jer.. jgn potong pastu baru basuh, mmg berlendir la hasilnya nanti. kena basuh dan potong bila dah betul2 kering insyaallah kalau ikut apa yg nor cakap tu.. tak berlendir hasilnya nanti.. try la ya.. :)

K.Nor said...

opss lupa.. jgn goreng lama, kalau lama lendir keluar dan bendi pun jd tak rangup :)

mokwonik said...

to k. nor :
tq nor dear..mokwo memang kurang berpengalaman dalam memasak bendi nih
nanti akan ku coba ptua mu iteww!
kiranya nak masak bendi nih kerja kita kena asyik nak mengelap ajerr lah kan!huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...