Pages

Tuesday, May 10, 2011

Rendang Padang


Assalamualaikum kepada pembaca budiman....dah masak ke belum ?? ooohh buntu nak masak apa...why not masak rendang ni

sedap..Rendang Padang dari kak fida myr...sepatutnya rasa dia pedas2 skit dan lebih berwarna merah ..tetapi seperti biasa, umah mokwo ni tak boleh masak yang terlalu pedas..justeru itu mokwo hanya letak 3 biji cili merah aja, hoping d colour gonna turn red...tapi hampeh deh! end result, rendang nih still kuning gak !!

overall memang marvelous sedap rendang nih...rupa2 nye nak buat rendang yg sedap kena letak serai lebih skit yea dan pilih yang gumuks..selama nih mokwo hanya letak 2 btg serai yang di ketuk2 aje untuk buat rendang 1 ekor ayam....patutlah tak berapa ummmphh!!

jom check out the recipe... then pakat2 ceduk nasik dari rumah sendiri yea! lepas makan kita pakat2 berkipas....fanas laah, fanas lahh...lagi fanas sebb tau hari nih harga gula naik lagi 20 sen for a kilo....hemm barang apa yang tak naik kat Malaysia nih !!! ceh!

tqvm kak fida utk resepi yg sedap menyelerakan!! boleh buat time raya nanti!!


Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 ekor ayam - dipotong kecil ...ATAU
  • 1 kg daging - dihiris nipis dan lebar
  • 1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik
  • 1 ltr santan pekat drp 1 1/2 biji kelapa
  • garam, gula secukup rasa
  • 10 - 12 biji cili merah*
  • 3 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 1/2 ibu jari halia*
  • 1/4 ibu jari kunyit hidup*
  • 2 hiris lengkuas*
  • 4 batang serai*
  • 2 helai daun limau purut - disiat2
  • 1 helai daun kunyit - disiat2
  • 2 helai daun salam
  • 2 sb air asam jawa
  • secukup air - jika perlu

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Masukkan kesemua bahan2 di dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula dan gaul rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati dan masak lagi hingga kering atau berkuah pekat ikut selera.

10 comments:

RynaHakimi said...

Nyum2..cicah ngan roti sedap ni akak..meleleh dah air liur ni..hehe

mokwonik said...

to ryna:
mokwo makan dgn roti jala/..menjilat jari..hih!

hana said...

aduhai sedapnyer tgk rendang mokwo! terliur berbakul sudaaaaaaa.....

re : nnti turun kuantan kabo la yer.. dpt lepak warung pong jd la.. hihihihi

mokwonik said...

to hana:
hihi ade bawak kerr bakul tuh??
InsyaAllah kalau menjadi seperti yang di rancang..

Cendana Kasih said...

bestnyer rendang.. makan ngan nasi lemak lagilah terangkat.. fuh..malasnya nk merendang, meh rasa seketui..hehe

ijayuji said...

Salam mokwo!!! waduhhhhhh lama tak makan rendang! kalau kat mesia anytime jer nak beli kalau ada org jual kat sini ari raya jerr kalau dah malas sgt nak masak hihihi.... yer yer ku rinduuuuu pdmu jugaaaaaaaa...... :D sihat ke?

hani@debumelukut said...

Kami kat kelantan kalau nak di cicah roti kena lebihkan manis nya.
tapi my family suka yg pedas kalau di makan dgn nasi..x pedas tak ump!
resepi ni masuk senarai 'got to try'.tq

Kak Sam said...

dah sampai ke padang rupanya mokwonik. Nak pi beli tiket le sat.

CT Delima said...

Assalamulaikum mokwok

ct minat rendang...apa2 rendang semuanya boleh ngam. ni yang macam nak merendang ayam jer hari ni.. hihihi

mokwonik said...

to noorma:
halamak mention bout nasi lemak...droool!!!

to ijah;
kat sini yg beli tak sedap..terpaksa pejam mata buat sendirik! mokwo sihat tq!

to hani:
kita mek2 kelate musti mau yg manis2 kan..rendang nih pun mokwo buat ade rase manis2 skit n makan dgn roti jala!

to kak sam:
nih padang belakang umah punya...merangkak pun sampai dah!hihi

to CT Delima:
waalaikumussalam CT...mokwo jarang buat rendang sebenor nye..tapi lately tekak dah mcm loya asyik makan ayam goreng..so ubah stylo lah pulok..memang sedap resepi nih! nanti try yo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...