Assalamualaikum
Hari jumaat selalunya mokwo masak awal...kerana hari nih adalah hari yang cukup pendek dan padat buat mokwo
hari nih update sayur mayur ajelah sebab main dish belum siap lagik..:P..tengah perap ikan utk di bakar jer!
kalau beli kangkung , mokwo pasti akan masak seperti ini...cukup sedap di gandingkan dgn nasik putih panas2 dan ikan bakar cicah air asam
bagi yang ber'diet' pula ...tak perlu menelan saja air liur tuh..sebab boleh ratah2 sayur berserta ikan bakar...
nasik...nehi, nehi...letak tepi..:D
tapi kan awas yek penggunaan garam tuh...kang termasin lak sebab kebanyakkan bahan 2nya sudah sediakala masin
resepi yang mokwo ambil dari dapur kak1, Blog citarasawan...terimakasih kak1..memang kena dengan selera mokwo!
Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan
300gm kangkung, bersih dan sejat
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
sedikit air
Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sm belacan
1 sudu besar udang kering
minyak untuk menumis
Bahan Hiasan
bawang goreng untuk tabur
1 tangkai cili merah di hiris
Bahan Hiasan
bawang goreng untuk tabur
1 tangkai cili merah di hiris
Cara-cara :
1. Potong kangkung. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kangkung, cili hiris, sos tiram, garam dan sedikit air untuk kuah (jika suka). Gaul rata.
3. Masak sebentar saja kemudian angkat, tabur dengan bawang goreng dan hidangkan.
*** Jika suka pedas, tambahkan cili merah atau cili padi.
*** Jika suka pedas, tambahkan cili merah atau cili padi.
5 comments:
salam mokwo...yg ni liza likeeee sgt...
kangkung mmg sedap goreng belacan.. cuma biasa tun akan tumis sikit cili boh jugak.
Salam Mokwok..ada lagi ke? akak kalau dapat ni..nasi pun tak nak..ratah aje..sedap hirup sekali dengan kuah...
best..
nasib baik hidung tak gatal..
Betul tu mokwo, senang dan sedap.
Post a Comment