Alhamdulillah....hari ni tak perlu lagi mengadap ke Big apple Donut di tesco sinun...KNJ buat sendiri donut...sedap , lembut, gebu macam yg Ros kata...
KNJ jugak buat 2 adunan sebab nak buat frozen...sangat suka dengan resepi nih
Tq Ros...this recipe is a keeper indeed
Donut Yogurt Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahan
400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur) -- KNJ guna lebih air )
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng
Untuk Salutan
sedikit serbuk gula
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat, setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam platik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan). 2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).
3. Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak topping dengan cooking coklat pun boleh dan jika mahu frozenkan donut ni, boleh goreng donut separuh masak, sejukkan dan kemudian dimasukkan didalam plastic ziplock, simpan di dalam peti sejuk beku, bila mahu makan, keluarkan donut frozen tadi dan biarkan di dalam suhu bilik beberapa minit baru digoreng.
7 comments:
assalam KNJ..dalam sibuk2 tu macam2 dia boleh buat tu..he he..
terpaksa buat lah kak E..sebb perut 'sibuk' berkeroncong....lapo memanjang...:)
Bila buat sendiri mmg puas hati nk mkn..nmpk gebu la nik ja..sedappop
perghhh..terliur sehh!!
to zila:
memng puas hati zila...best donut ni..mungkn sebb ade letak yogurt...gebu dia menten walau di frozen kan
to inahar:
acu puan doc godek sendirik yek!hihi
Post a Comment