Pages

Tuesday, April 23, 2013

Kek Chocolate Ajaib !

Assalamualaikum,



"betul ker ni kek chocolate...?"
"Betul Chik.." adik si Penjual kek choclate itu agak sedikit gugup untuk menganggguk
KNJ belik, KNj tenung.."kenapa kek ni leper jek?"...terdetik dalam hati KNJ ni
"berapa harge?" tanya KNJ
"Satu 12 hinggit, kalau achik amek 2, 20hinggit.." ujar si penjual antara dengar tak dengar suaranya..mulut hampir tak terbuka...KNJ amek 1 bijik
Dalam hati suadah bayangkan keenakkan kek choc...kalau tak sama pun pasti hampir2 serupa dengan Kek choc Chef Zubaidah yg pernah akak buat sebelum ni...enak bangeet!
sampai rumah KNJ terus capai pisau ..amek gambo lebih kurang (ingat rekemen kat kawan2)...then potong!!


omak aiiii...terkejut akak.....kek dah bertukar jadi bingka!!!
KNJ cubit skit utk rasa...memang tak adae rase coklat langsung!...yang ada hanyalah rase tepung dan sedikit gula (tawar ni)...dia punya ganche pun tak terasa coklatnya...ajaib!! apa derang letak pun tak tau...tapi kitaorang sekeluarga tak berani lah nak makan...bungkus2 balik dan KNJ terus masukkan dalam tong sampah

hemmmm...apa yang nak di kata, bukan rezki nak makan kek coklat lah hari tuh....tapi dalam hati KNJ, terdetik...ade jugak manusia tergamak nak menipu sebegitu...kaya ker kalau di amalkan perangai macam tuh?? orang akan beli sekali...lain kali...silap hari bulan ko yang kena maki hamun free...

So pesan KNJ...kalau ade budak lelaki Melayu yang datang menjual kek2 masa uoals tengah makan2 di restoran sekitar seremban ni....hati2lah yek.... semacan sindikitlah pulak derang nih..kebanyakkan tempat KNj gi makan...budak ni pasti ade.....tak beli , rase kesian..konon2 nak tolonglah sesama Melayu (memang tak leh pakai lah slogan tu!)....dah beli, lain pulak jadiknya....

Nampaknya KNJ kena godek kek sendiriklah ni...alahai bercintaaaaa nyeeeer!

10 comments:

Acik Erna said...

KNJ..patut jangan dibuang..simpan dan tunggu sampai jumpa budak tu balik..cari toke dia..baru best kan..kalau orang yang tak menipu ni..kat situ ada nama dan no.telefon.. jugak beli..sedap..tapi dikedai la.

Anna Qawina said...

Aduyaiii..naya betulla si pembeli n penjual yg x tau kot kan..kot2 jd dealer ke kan..xde rezeki kak..meh sini saya blanje kek..hehe..

atie @ ejay said...

alahaiii..bubur asyura yg dikeraskan dlm peti tuu..hihihi

lynnhelite said...

salam...
wah ini betul2 pengajaran ya..

Qhaifa Nur said...

geramnya rasa...excited nak makan rupanya lain isinya...takutlah pula nak membeli lepas ni...

Cheq Sue said...

lo ni tu hk malasnya kak nik, kita niat nak tolong, kalau tak beli atau tak bagi kesian pulak, belas dekat depa. tapi hk kaya nya diorang tu je lah...

Nooriah Abdullah said...

ada jugak ye orang macam tu, alahai dunia ni tak takut langsung orang nak menipu, mmg betul kata KNJ mmg sekali je orang beli lepas tu mmg orang akan serik..

Anonymous said...

Hey, I think your blog might be having browser compatibility issues.
When I look at your blog in Safari, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, terrific blog!


Feel free to surf to my web-site :: adult dating

Ummi said...

Asslamualaikum Kak Nik...Astaghfirullahalazim...adeeh sabauu je laaa... Macam2 cara orang nak mencari sesuap nasi dlm dunia ni, dah x kira apa dah.. Kita maafkan lah dia kali ni, cuma berhati2 jgk la takut terkena lg kan.... Orang mcm ni x pernah memikirkan bahawa rezeki mereka dilapangkan oleh Allah kepada mana2 hambaNya yang dikehendaki, begitu juga jika Allah ingin sempitkan, tiada sesiapa dapat menahanNya.. Mereka tidak memikirkan halal haram perbuatan jual beli itu...semoga mereka diampunkan...sabar kak Nik naaaa ^__^. Buat jer lah kek Zubaidah tu ek, pastu hantar kat Ummi sikit..hehe

ibh_sue said...

Kak Nik Ja, ada jg org mcm tu ya. Tp tgk pun mcm x selera. X menggiurkan gitu. Heee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...