Pages

Wednesday, April 3, 2013

Malaysian Food Fest - Ikan Percik Kelantan

Assalamualaikum,
wayoooh... sedar tak sedar, dah seminggu lebih Kak Nik Ja tak up date blog yek!...time really flies!
kali ni entry berkenaan Malaysian Food Fest - masakan Kelantan, yang di hos kan oleh Gert dari My Kitchen Snippets...jom! sesiapa nak join boleh baca syarat-syarat penyertaan di Blog Gert yek..yang pasti tiada bayaran di kenakan ...betul tak Kak Nor ??...:)

Hari ni KNJ nak memperkenalkan masakan yang cukup popular jugak di Kelantan ni ie Ikan Percik.....kalau uols pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah, di bahagian food court tingkat atas tu...boleh juling biji mata tengok berbagai juadah yang sedap2 belaka..bukan tu saja..harga dia jugak amat2 berpatutan...Ikan percik ni adalah salah satu juadah yang uoals boleh dapati di sana...

lagi satu tempat, kalau nak cari ikan percik sedap..dahulunya boleh di beli di Padang Bas , Kota Bharu ...tapi sekarang, peniaga-peniaga tu telah di pindahkan di tempat lain...KNJ masih belum berpeluang lagi nak cari.

Baru-baru ini Mama KNJ ada menyarankan Restoran Yatie Ayam percik untuk di cuba...In sha Allah, kalau balik kampung pasti KNJ akan terjah ke sana!...ohh rindunya nak pulang ke kampung!!

Yang unik tentang Ikan Percik kelantan style ni..rasa dia tak pedas langsung, berwarna lebih putih dan  manis-manis manja gitu...so bukan saja boleh di nikmati oleh orang2 tua, budak2 pun boleh makan, coz tak pedas kan! kalau tak mau ikan..uoals boleh jugak gantikan dengan ayam bakar... sedap juga! jadi lah ayam percik!

Resepi yang KNJ paparkan di sini mungkin sedikit berbeza dengan yang orang lain coz resepi ni mama KNJ yang ajar...dan setakat ni..Alhamdulillah cukup sesuai pada selera KNJ sekeluarga


Ikan Percik Kelantan style

5 ekor ikan kembung/ kerapu/bawal (KNJ guna kerapu)
air asam jawa secukupnya
1/2 inchi halia*
2 ulas bawang putih *
2 sudu kecil garam*

cara2nya:
- bersihkan ikan dan rendam dengan air asam jawa untuk 15 min
- bilas ikan dan gaul dengan bahan2 tumbuk yang bertanda *
- perap sebentar
- bakar ikan sehingga masak..KNJ guna non-stick pan aje!

bahan untuk kuah:
7 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1 inchi halia*
3 tangkai cili kering*
1 sudu kecil lada hitam*
1 batang serai *
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa parut
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung

Cara:
- kisar bahan2 bertanda *
- masukkan bahan2 kisar bersama-sama asam keping dan 1 cawan air. renehkan sehingga pekat
- masukkan pula 2 cawan santan. kacau sentiasa supaya kuah tidak pecah minyak..pecah minyak tak cantik!
- masukkan pula tepung jagung yang telah di bancuh bersama 2 sudu air
- masak hingga gelegak dan pekat
- boleh lumurkan pada ikan bakar tadi dan bakar sekejap
- selamat mencuba !

budu sudah di beri nama komersial baru..pati ikan bilis!


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



7 comments:

K.Nor said...

betul!! mmg tak kena bayaran satu sen pong..

ingatkan ada masukkan budu dlm kuah, cari gak la mana budunya. tup2 prop jer ek.. hehe

mekasih nikja sudi join event ni ya.. :) jgn lupa postkan gambar dn link kat page KFF di fb ya :) http://www.facebook.com/events/182654958550034/

zana fahmi said...

Kalau mcm ni rupanya, mesti hubby suka.

gertrude said...

Thanks for your support and participation. I dah try masak ayam percik kelantan and kalau ada masa I might try out this version pulak :)

EmbunRosaliza said...

Assalam kak nik ja, ohh walaupun sama klate tapi resipi mesti ada juga perbezaan kan, sedap nampak tu. Kita pun nak buat n3 juga ni,tgh cari seru dulu heheh

Phong Hong said...

PH memang nak try ikan percik nih this weekend. Bagus juge dapat sedikit sebanyak idea kat sini :) Budu mesti ada, kan? PH ni orang TGG so antu budu lah hee..hee...

Kak Nik Ja said...

to kak Nor:
budu mahal weeh kak nor...jimat pakai jimat cermat>..hihi

to zana:
zana sedap ni kuah dia...harap2 hubby zana suka

to gertrude:
yer welcome gert....nanti i pun nak try resepi percik yg lain jugak!

to liza:
Assalam liza...fuh!fuh!fuh!!...harap2 dah sampai seru..tak sabar nak tengok resepi dr liza jugak!

to Phong Hong:
silakan PH...harap2 menepati citarase PH yek!...waah samalah kita antu budu...hihi

Acik Erna said...

assalam nik ja..cik abang akak cukup suka ikan percik..pantang jumpa mesti beli..akak tak berani nak buat sendiri..takut tak menjadi he he

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...