Pages

Thursday, April 4, 2013

Tiramisu Biskut Marie

Assalamualaikum,
Semalam Parlimen Malaysia sudah di bubarkan secara rasminya oleh PM kesayangan ramai....ada yang tersenyum riang...ada yang bermuram durja....apa2 pun PRU 13 akan menyusul tak lama lagi....yang layak mengundi..pastikan jangan lepaskan peluang untuk keluar mengundi yek!! peluang yang hanya menjemput sekali dalam 5 tahun!!

Hari nih  Kak Nik Ja sebagai Menteri dlam Dapur sendiri jugak, nak kena 'bubar'kan itu cream cheese yang hampir 1/2 kilo...dah ada tompok2 kuning pada crm cis tuh...so baiklah kita gunakan utk benda berfaedah dari diberi sedekah pada Encik TOng...:D


plan asal nak buat oreo cheese kek...tapi tah sapa lah yang dah makan oreo tu...licin 2 bungkus! korek punya korek gobok dapur..terjumpa lah biskut marie nan sebungkus... masih belum terusik....tetiba.....*tiiiing* datang lak idea untuk buat sesuatu yang semua rakyat jelata dalam rumah ni suka makan!!


jom semak resipi yang mudah dan budget nih...hanya guna sekuk marie yang cukup mudah di dapati di kedai2 runcit dan pasaraya...rasanya.....  sedap nyeeer!

haaah settle satu benda....kekadang challenging jugak nak menjwat jawatan Menteri Dalam Dapur nih...ye lah ...nak kena pikir apa nak masak setiap hari...memasak bukan utk kita sorang2 je kenyang..tapi rakyat jelata yg lain pun, kena sama2 makan dan puas hati jugak...itulah baru di katakan Menteri yang bijak kaaaaan!....peace no war!!!...:D:D:D


Tiramisu Biskut Marie

1 peket biskut marie Munchy perisa capucinno/original (320gm kalau tak silap)
500gm cream cheese
2 biji telur
1 cawan gula pasir- kisar bagi halus
1 1/2 cawan whipped cream
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit lemon zest-optional

2 cawan air panas*
1 sudu besar serbuk nescafe*

bahan hiasan:
serbuk koko secukupnya
buah-buahan pilihan

cara2:
- satukan bahan bertanda *. ketepikan
- dengan mixer. putar cream cheese dan gula kisar hingga kembang ie bertukar warna
- masukkan telur. putar sebati. masukkan pula whipped cream. putar hingga sedikit kental
- sediakan loyang kaca atau gelas2 kecil
- celupkan biskut marie dalam bancuhan air nescafe tadi
- susun dalam loyang, hingga menutupi dasar loyang. tutup lapisan biskut marie dengan adunan cream cheese.
- ulang proses layering tadi hingga biskut marie habis dan ditutpi dengan cream cheese pada permukaan paling atas
- ayak sebuk koko dan hiaslah dengan buah-buahan pilihan. sejukkan dalam fridge..lepas 3 jam baru makan!


7 comments:

mama sara nur said...

assalam kak nik ja
berwajah baru, cantik manis
emmm tak sabar nk mengundi ni he heee bersemangat membara

betul tu kan kita menteri di dapur ni lg pening setiap hari kena fikir nak buat apa he hee
sedappp tiramisu, feberetlah ni, biskut merry pun ok kan sedappp

Acik Erna said...

assalam nik ja..waa..mesti sedap sangat ni.

Nava Krishnan said...

Gorgeous and simply inviting. Perfect as a finishing after a dinner meal.

tun_telani said...

Salam kak nik!! mmg menguji keimanan nih.. tgh2 bersemangat nk diet nih. huhu

dari dapur nasya said...

as salam kak Nik, nanti singgah umah ye amik award...

Marsita yahya said...

Salam, BW singgah sini
www.my-mintroom.blogspot.com

Queenie said...

ini memang fav saya no 1!!!

wlp boleh menggemukkan tapi kalau ada depan mata, boleh habis satu bekas sekali jalan!
hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...