Kak Nik Ja rasa KNJ patut kongsi pengalaman ni pada semua orang..bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi supaya menjadi teladan dan panduan pada semua yang berniat untuk membeli Mixer jenama KitchenAid ni...
seperti yang sedia maklum... mixer kenwood KNJ dah K.O ...KNJ dah hantar untuk repair, tapi sayangnya tak membuahkan hasil yang baik.. nak tak nak KNJ terpaksa mencari penggantinya...kebetulan KNJ ada kena kutu bulan ni..so KNJ
lepas tawar menawar...tak dak singgit pun diskaun untuk KNJ ! ... harga KA kat Malaysia memang sedia mahal .. sungguh syahdu !....KNJ ada jugak terlintas nak ode aje di online atau dapatkan barangan direct import dari USA melalui orang perseorangan...tapi KNJ tak sanggup mengambil risiko, tambahan pula pokwo pun tak galakkan...so KNJ beli jugaklah...tutup dua mata masa nak membayo nya tau ( ngeri ) !!
sebelum KA tu KNJ bawak balik, technician di kedai tu buat sedikit testing dan demonstari cara2 nak guna KA tu... KNJ perasan bunyi KA tu bising sedikit..tapi KNJ tak komplen apa2 sebab ingatkan perkara tu biasa2 aje
bila pulang ke rumah..KNj cuba pasang KA tu..terkejut KNJ...mesin tu still bising dan terdapat renjatan letrik pada seluruh badan KA tu bila di pegang..esoknya pagi2 lagi KNJ dah terpacul depan kedai letrik di rahang tu dan komplen apa yg berlaku...technician yang lain pula buat checking hari tu..dia betulkan posisi bowl dan ON balik KA...sudah tak ada bunyi dan genjatan letrik!!... KNJ happy...balik rumah KNJ test lagi...bunyi bising sudah tiada tetapi elekrik static masih ada...KNJ pelik, KNJ telefon balik technician yang test KA KNJ, technician tu kata rumah KNJ ada masaalah pendawaian...make sense jugak sebb bila test kat kedai tak ada apa2 pun berlaku!!!
Maka nya Pokwo pun panggillah wire man periksa semua wiring dalam rumah kami..wire man kata memang tak dak masaalah apa2.... huhu..kita orang dah pening dah... Pokwo consult seorang lagi wire man yang lain...dia kata kalau nak check dan selesaikan masalah 'earth wiring' memang susah , leceh dan memakan duit...dia cadangkan kami tukar palam plug KA kami yang 2 pin tu kepada 3 pin punya
Nak di jadikan rezki...kami di benarkan menukar KA sebab memang tak guna lagi pun...cuma kaler KA tak dapat lah macam kaler oren yang sebelum nya...KNJ tak peduli, asalkan KNJ tak terkena renjatan lektrik udah lerr...sakit wehh mcm kena gigit semut api tau, macam mana nak buat kerja !
yang sebelum tu , menggunakan plug 2 pin, so KNJ terpaksa guna adapter yg sebelah kiri..sekarang sudah tukar plug 3pin yg kanan |
balik rumah KNJ test KA yang baru.... Alhamdulillah sudah tak ada itu elektrik statik...rupa2nya penyelesaian nya cukup mudah..hanya guna plug yang mempunyai palam 3 pin !!! kenapa technician kat kedai tu tak sarankan KNJ tukar KA sebelum ni pun, KNJ tak tau...KNJ cuak jugak ! Apa muslihat dia sebenarnya ? KNj bukan nak bersangka buruk dengan orang lain...tetapi dia lebih mahir, sepatutnya dia lebih tau apa nak buat....hemmmm musykil !
lagi satu yang menyebabkan KNJ musykil ialah terdapat serial no dan sticker dari west metric di lekatkan di bahagian bawah KA baru KNJ...yang sebelum ni tak ada !!! so adakah KA yang KNJ beli sebelum ni ialah tiruan punya kah? default product kah? KNj tak tahu..kalau KNJ tanya penjual tersebut, derang boleh bagi alasan yang macam2
Jadi berhati-hatilah..... belilah KA dari dealer yang sah di MAlaysia ni ...alamat dia u oals boleh search dekat website West Metric...pastikan plug dia mempunyai palam 3 pin bukannya 2 pin dan paling penting terdapat sticker serial no dari west metric di bahagian bawah KA tersebut
fuhh selesai satu pengalaman yang cukup meroyankan KNJ untuk seminggu yang lepas...punyalah kelam kabut di sebabkan seketul KA.....harap2 dengan mixer KA ni dapatlah dia bertahan sampai KNJ boleh perturunkan pada anak cucu cicit KNJ... :D
Happy Baking to All !!!