Pages

Friday, October 25, 2013

Berhati-hati membeli KitchenAid Mixer...

Assalaamualaikum,
Kak Nik Ja rasa KNJ patut kongsi pengalaman ni pada semua orang..bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi supaya menjadi teladan dan panduan pada semua  yang berniat untuk membeli Mixer jenama KitchenAid ni...


seperti yang sedia maklum... mixer kenwood KNJ dah K.O ...KNJ dah hantar untuk repair, tapi sayangnya tak membuahkan hasil yang baik.. nak tak nak KNJ terpaksa mencari penggantinya...kebetulan KNJ ada kena kutu bulan ni..so KNJ macam adalah duit lebih skit utk di belanjakan...tengok punya tengok... KNJ memang berkenan sangat dengan mixer KA (KItchenAid ) ni , sebab dengan body solid ber'cast iron', KNJ mahukan sesuatu yang boleh tahan lama, so KNJ ingat ini adalah pilihan bagus

lepas tawar menawar...tak dak singgit pun diskaun untuk KNJ ! ... harga KA kat Malaysia memang sedia mahal .. sungguh syahdu !....KNJ ada jugak terlintas nak ode aje di online atau dapatkan  barangan direct import dari USA melalui orang perseorangan...tapi KNJ tak sanggup mengambil risiko, tambahan pula pokwo pun tak galakkan...so KNJ beli jugaklah...tutup dua mata masa nak membayo nya  tau ( ngeri ) !!
sebelum KA tu KNJ bawak balik, technician di kedai tu buat sedikit testing dan demonstari cara2 nak guna KA tu... KNJ perasan bunyi KA tu bising sedikit..tapi KNJ tak komplen apa2 sebab ingatkan perkara tu biasa2 aje

bila pulang ke rumah..KNj cuba pasang KA tu..terkejut KNJ...mesin tu still bising dan terdapat renjatan letrik pada seluruh badan KA tu bila di pegang..esoknya pagi2 lagi KNJ dah terpacul depan kedai letrik di rahang tu dan komplen apa yg berlaku...technician yang lain pula buat checking hari tu..dia betulkan posisi bowl dan ON balik KA...sudah tak ada bunyi dan genjatan letrik!!... KNJ happy...balik rumah KNJ test lagi...bunyi bising sudah tiada tetapi elekrik static masih ada...KNJ pelik, KNJ telefon balik technician yang test KA KNJ, technician tu kata rumah KNJ ada masaalah pendawaian...make sense jugak sebb bila test kat kedai tak ada apa2 pun berlaku!!!

Maka nya Pokwo pun panggillah wire man periksa semua wiring dalam rumah kami..wire man kata memang tak dak masaalah apa2.... huhu..kita orang dah pening dah... Pokwo consult seorang lagi wire man yang lain...dia kata kalau nak check dan selesaikan masalah 'earth wiring' memang susah , leceh dan memakan duit...dia cadangkan kami tukar palam plug KA kami yang 2 pin tu kepada 3 pin punya

Nak di jadikan rezki...kami di benarkan menukar KA sebab memang tak guna lagi pun...cuma kaler KA tak dapat lah macam kaler oren yang sebelum nya...KNJ tak peduli, asalkan KNJ tak terkena renjatan lektrik udah lerr...sakit wehh mcm kena gigit semut api tau, macam mana nak buat kerja !

yang sebelum tu , menggunakan plug 2 pin, so KNJ terpaksa guna adapter yg sebelah kiri..sekarang sudah tukar plug 3pin yg kanan

balik rumah KNJ test KA yang baru.... Alhamdulillah sudah tak ada itu elektrik statik...rupa2nya penyelesaian nya cukup mudah..hanya guna plug yang mempunyai palam 3 pin !!! kenapa technician kat kedai tu tak sarankan KNJ tukar KA sebelum ni pun, KNJ tak tau...KNJ cuak jugak ! Apa muslihat dia sebenarnya ? KNj bukan nak bersangka buruk dengan orang lain...tetapi dia lebih mahir, sepatutnya dia lebih tau apa nak buat....hemmmm musykil !

lagi satu yang menyebabkan KNJ musykil ialah terdapat serial no dan sticker dari west metric di lekatkan di bahagian bawah KA baru KNJ...yang sebelum ni tak ada !!! so adakah KA yang KNJ beli sebelum ni ialah tiruan punya kah? default product kah? KNj tak tahu..kalau KNJ tanya penjual tersebut, derang boleh bagi alasan yang macam2

Jadi berhati-hatilah..... belilah KA dari dealer yang sah di MAlaysia ni ...alamat dia u oals boleh search dekat website West Metric...pastikan plug dia mempunyai palam 3 pin bukannya 2 pin dan paling penting terdapat sticker serial no dari west metric di bahagian bawah KA tersebut

fuhh selesai satu pengalaman yang cukup meroyankan KNJ untuk seminggu yang lepas...punyalah kelam kabut di sebabkan seketul KA.....harap2 dengan mixer KA ni dapatlah dia bertahan sampai KNJ boleh perturunkan pada anak cucu cicit KNJ... :D
Happy Baking to All !!!

12 comments:

Phong Hong said...

Kak Nik Ja, terima kasih atas perkongsian. Kesian KNJ pusing-pusing disebabkan KA yang defective. PH pun berkenan gak nak beli sebijik KA tapi hik...hik...bila tengok harga, terus pusing balik. Nanti kalau ada rezeki, nak beli jugak lah hee..hee...

Kak Nik Ja said...

sebenarnya KA ni pun dah lama KNJ ngidam...selalu ajer x jadi beli di sebb kan harga dia...tapi bila mixer dah rosak, KNJ ingat memang kena beli jugak for self-satisfaction...hope can last..paling kesian my hubby yg kena usung KA yg berat tuh...huhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bagus KNJ kongsi pengalaman ni.. boleh orang lain jadikan panduan... saya memang tak mampu nak beli KA tu walau dulu ada juga pasang angan2 nak memilikinya.. hehe.. penyudahnya.. sy beli mixer dari Berjaya je.. itu je yg mampu.. yg penting boleh adun in bulk.. hehe..

Cendana Kasih said...

sama la kes saya dengan kak Madiha, hanya mampu beli berjaya jer :(

utk Kak NIk Ja, selamat membuat kek, dll...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak Nik Ja..tingin gak nk mixer...brand apa2 pon takpe.Klu KA ni tak mampu den... :)

Acik Erna said...

Seronoknya nik ja dapat KA..rajin2 gunakan ye he he.
Akak mampu pegang je nik ja...tak mampu nak memiliki.
Lagi pun akak setia ngan kenwood chef akak tu.yang lama 20tahun lebih guna baru rosak.tak repair pun sebab dah berbaloi.beli baru yang sama juga..6 tahun dah guna.

ummiaisyah said...

Terima kasih share tips ak Nik..sy dh lama verangan dan akan terus verangan utk KA yg kaler merah tu..skrang ni kt fb tgh hot pasai kena tipu jual KA rm400...sib baik bila sy tanya dh sold out..rupanya2 dh 18 org kena tipu...mmg sy rasa lain mcm benda 2k jd rm400

Kak Nik Ja said...

to Madiha:
mixer berjaya tu pun bagus jugak terutama utk tokeh2 kek ni !

to noorma cendana kasih:
berjaya lebih sesuai utk org meniaga..klau KNJ beli alamat buat perhiasan dekat ruang tamu..sebb kat dapur tak dak ruang nak letak.. :)

to atie:
ye betul tu brand apa2 pun boleh ..janji rajin ek!! :)

to Kak Erna:
say pun kenwood propero hanya boleh berthan 4 tahun je kak..tu yg sy sgt2 frust terus beli KA...huhu

to ummiaisyah:
ye KNJ pun ada nampak jugak kat FB kes ni...harap2 yg kena tipu tu dah dapat duit mereka baliklah ! rm400 pun duit hard earned money derang jugak!!

Anonymous said...

Hello friends,
Good news,This one place to shop for members provides value and convenience. JOIN TODAY to enjoy membership status.
Please visit this site http://www.comprewards.com/
& like this page https://www.facebook.com/comprewards
Thank you.

Anonymous said...

Hello friends,
Good news,This one place to shop for members provides value and convenience. JOIN TODAY to enjoy membership status.
Please visit this site http://www.comprewards.com/
& like this page https://www.facebook.com/comprewards
Thank you.

MamaFaMi said...

Salaam KNJ...
Mama baru baca entry ni. Kitchen Aide ni mahal, gitu gak dengan Kenwood Major, ribu riban. Tu sebab mama opt for Berjaya. Harga murah je, tapi best sangat guna. Bunyi pun ayu ayu je. Sebijik KA leh beli 3 bijik Berjaya kot ek? Tapi tak pe la, dah memang itu idaman qolbu KNJ kan... semoga berbahagia selamanya... hihihi... macam nak ucap happy anniversary plak!

Fiona Yong said...

Hi semua, baru-baru ini saya beli Kitchen Aid Raspberry Ice Limited Edition dari kawan saya. Harga dia berpatutan dan juga ada 1 year warranty.Kalau berminat bolehlah pm saya. Semoga ini dapat membantu sesiapa yang ingin membeli.:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...