Pages

Friday, June 25, 2010

ais krim jagung and sponsored peti sejuk

salam semua..mokwo harap semua berada dlm rahmat dan lindungan Allah selalu. ari tuh mokwo ada cakap yg whipped cream mokwo habis basi kan..so setelah di buat post-mortem bersama pokwo, we came to a conclusion that peti sejuk mokwo dah pencen dah..perkhidmatan hampir 11 taun selama ini memang cukup memuaskan..apakan daya, when its time for it to go...mokwo has to let it go to rest in peace..tapi yg tak in peace nye ialah otak mokwo yg ligat memikirkan nak kena beli peti sejuk yg baru..kena buat rombakan kabinet lah dgn pokwo utk membincang kan budget baru..huhuhu
since mokwo nih selera besar,walaupun isi poket tak brapa nak besar, survey punya survey, list rega peti sejuk  mokwo berikan pd pokwo. menggaru kepala jap pokwo! ghupenye ade jugak peti sejuk yg berharga nak mencecah RM7k. bukan setakat makanan aje yg boleh masuk kat dlm peti ..ngan mokwo anak beranak pun boleh santai kat dlm tuh skali..hehehe..tu lah  mokwo dah kata mokwo selera besar..tapi sejujurnye mokwo tak belilah petiais yg gitu, mokwo beli yg bese2 aje.
tapi yg paling mengharukan mokwo peti ais mokwo bukan dibayar dr poket pokwo tapi dr sponsorship org lain. dr seorang makcik yg tidak punya pertalian darah what so ever pun ngan mokwo n pokwo..rezki.. tapi serba salah jugak rasanye terima duit org lain..but she really2 insisted, mokwo had no choice. tapi kan, makcik nih asal jumpa mokwo , dia mesti nak bagi mokwo duit. mungkin muka mokwo, muka buat duit kot!! tah lah tak pasti..tu yg mokwo tak brape nak tayang muka mokwo kat blog nih..sat gi ramai pulak yg nak bg mokwo duit..muahhahaha..(perasan tak abih)
utk perasmian peti sejuk baru, mokwo buat aiskrim jagung nih..resepi amek dr blog noreen-my home cooking blog, yg berada di UK. asal usul resepinye bleh tengok kat sini..nice indeed,sungguh lemak berkrim..setaraf lah ngan ais krim Baskin Robbin! tq noreen for sharing this coooool recipe!

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan coffeemate creamer

2 cawan (500ml) susu segar

1/2 cawan gula pasir

1/2 tin jagung krim

sedikit pewarna jagung

cara:

satukan coffeemate creamer, susu segar, gula dan kacaukan sehingga semuanya larut dan sebati

kemudian masukkan jagung krim, sedikit pewarna kuning dan kacaukan lagi sehingga sebati

tuangkan adunan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer sehingga ianya separuh beku

selepas itu keluarkan dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan yang besar

pukul dengan menggunakan mixer sehingga ianya gebu dan double-up the volume

masukkan semula ke dalam bekas dan simpan di dalam freezer sehingga ianya beku

selepas itu bolehlah dihidangkan

note: boleh dikurangkan gula kepada 1/4 cawan dan tambahkan 1 tin jagung krim

source: murnie

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...