sementara nak tunggu my boiling blood to cool down, mokwo kunyahlah apam salju nih..sejuk jek bila dia lalu kat anak tekak ..no wonder lah nama dia apam salju! sedap, sedap sedap
resepi yg mokwo amek dr blog yatie- sinar kehidupanku..blog yg kaya ngan resepi kuih muih dan aneka bingka! tq very much yatie!
Bahan-Bahan
2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering
Cara-caranya:Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.
No comments:
Post a Comment