Pages

Tuesday, July 6, 2010

puteri ayu..dan lelaki ayu!

bagaimana yeh perasan u ols bila orang yg selama ini kita kenali sebagai lelaki boleh bertukar..zaaaas.....menjadi seayu wanita...errrkk..telan air liur jap mokwo..lepas baru nak istighfar panjang. dari segi luaran, insan yg mokwo kenali itu, tiada cacat cela nye sebagai lelaki...dalaman??? hanya Allah saja yg tahu..takkan kita nak tanya, ye tak?
patutlah dah beberapa kali mokwo terserempak dgn dia membeli pil marvelon (pill perangcang, yg mengandungi hormon wanita). dan seingat mokwo juga, dia ada bertanyakan tentang pembedahan menukar jantina...
sayang yeh!!! dah lah kat dalam dunia nih kaum lelaki dah semakin sikit...yg belen2 lak tuh sesibuk nak tukar jadik pompuan!!
hingat senang ke nak jadi pompuan?? nak kena masak lehh, , nak bela anak leh, nak period lehh..sampai kena senggugut tergolek- golek...tu belum rasa sakit bila nak beranak...kalau depa tau, rasa2 nye budak nih pun mintak ampun.....hemmmmm..dunia udah akhir zaman!!!
lelaki ayu takkan sama dgn puteri ayu..puteri ayu nih cukup menyenangkan mata memandang, mudah rahang mengunyah (gebus sesangat) dan cukup menyamankan anak tekak hingga ke perut..sedap wehhhh! this recipe is a sure success one! tak pernah mokwo makan kuih puteri ayu segebus n selembut ini..berbaloi2 buat tau! walaupun hasil yg dapat tuh memang banyak betul..tak membazir pun. klau tak nak sedekah kat sapa2  tuh, boleh simpan dalam freezer n cuma perlu di stim semula bila time nak makan. it will be as good as new!!
resepi nih mokwo salin dari myr, pemilik asal rossitamz..sayangnye tidak dapt nak di linkkan kerna myr dah  lama tak leh nak bukak...terimakasih bebanyaklah kepada azita,yg telah bermurah hati berkongsi resepi ini!! Ilmu yg baik, bila dikongsi bersama, pahala nye akan berpanjangan..InsyaAllah.
bahannye:

250gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
300gm gula alus( mokwo guna 280gm aje)
2 sudu kecil ovallete
5 biji telur C
250ml santan
pandan paste n sedikit perwarna hijau

topping kelapa:
1 biji kelapa parut (putih aje)
1 sudu kecil garam or secukup rasa
2 sudu kecil tepung ubi-----gaul semua bahan hingga mesra!

cara2nye:
sediakan pengukus.. panaskan
  1. ayak tepung n baking powder. ketepikan
  2. pukul telur, gula, ovelet dgn kelajuan tinggi utk 10 min atau hingga adunan nampak gebus dan kembang
  3. masukkan campuran tetepung tadi di selang seli ngan santan sampai habis
  4. masukkan pandan paste dan perwarna hijau
  5. glis acuan skit dgn minyak
  6. buh kelapa dan padat2kan
  7. top with adunan telur tadi n kukuslah for 10 min atau till masak
  8. bila sejuk skit, keluarkan dari acuan
note: klau kuih terasa semacam kering kat anak tekak,, selepas di keluarkan dr acuan, bolehlah di stim semula dlm kadar 1 minit, utk mendapat texture kuih yg lebih moist

3 comments:

izahdaut said...

mokwo..saya pun suke sesangat resepi kak ita nih..lembut gebu dan moist jugak kan.... alah teringin nak buat skali lagi la... lawoo tul nampaknya kuih mokwo nih...awww tak rela la jantan ayu tu mokwo!!hehee

mokwonik said...

mokwo pun sesuka sangat...aauwwww!!!

MamaFaMi said...

Nanti nak trylah... ma buat kenkadang jadi tak cantik, tu yang malas tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...