Pages

Sunday, January 8, 2012

Tertunai lah janji.......Sambal tumis lemak manis

Assalamualaikum...salam hormat kepada semua pembaca budiman....
lama jugak mokwo tak update...maklumlah cuti2 sekolah biasanya mokwo kena 'gam' dek anak2...habih depa conquer mokwo punya komputer...hemm tak pe lah..nak belikan lap top satu sorang tak mampu lah mokwo...lagi pun bila derang dah mula sekolah...masing2 memang tak dak chan haku nak bagi hepi2 hour depan PC naaa......kalau tak ..kang kerja sekolah kemana..studi pun ke laut lepas

di awal bukak sekolah..mokwo sibuk di paginya pergi mendaftar Amny masuk darjah 1..petang pula bergegas mendaftar kakak utk ke tingkatan 1 di sekolahnya..mujurlah sekolah masing2 agak dekat jugak..jadi memang mudah kerja...cuma bila waktu balik dari sekolah hari pertama...amny dengan daringnya telah pulang kerumah berjalan kaki sorang2...haishhhh....melillau dan panik jap mencari amny coz dia dah tak ade kat area sekolah time pokwo pergi jemput dia.!!! rupa2 nya mokwo lupa nak pesan supaya dia tunggu di mana bila habis kelas nanti...kakak pulak had not much hassle....mula2 tak suka masuk sekolah...dah lama skit barulah ceria coz sudah ade member baru...and at last but not least...tengahari tadi baru jek selesai menghantar dan mendaftar semula Along Hadi ke asrama nya...so hari ni kira rap up lerr segala kerja pendaftaran anak2....fuuuuhhh lega!

my kiddos...left to clockwise: AlongHadi, kakak tifah and amny




so hari nih mokwo nak letakkan resepi sambal tumis yang mokwo telah janjikan dalam post yang terdahulu...janji mesti di tunaikan...so tak moh cakap banyak..sebeno nya dah tak dak idea! lets check it out wokay!

sambal ikan bilis....heart this so much!
Sambal Tumis Lemak Manis

bahan2:
1 cawan ikan bilis - basuh dan toskan (bolah ganti dgn sotong/udang/ telur)
1 labu bawang besar- cincang
5 ulas bawang merah *
1" belacahan *
5 biji buah keras *
2 ulas bwang putih *
1/2" halia*
1 cawan cili kisar
1/4 cawan santan pekat
air asam jawa secukupnya
gula melaka secukupnya



garam secukup rasa
minyak utk menumis = 3 sudu besar

cara2:

  1. satukan dan kisar semua bahan bertanda *
  2. panaskan minyak... tumis cili kisar sehingga agak garing
  3. masukkan bahan kisar *, ikan bilis, santan, air asam jawa dan gula melaka
  4. masak hingga menggelegak dan terbit minyak
  5. perisakan dengan garam


sambal telur...lauk budget yang pastinya tak menghampakan!
# mokwo lebih suka guna gula melaka, atau nisse kelantan punya utk mendapat kan rase manisnya..di samping itu, ia jugak boleh mencantikkan warna sambal

# untuk memudahkan sambal garing dan masak sekata...tumislah cili kisar terlebih dahulu..barulah diikuti dengan bebawang
guna sutun lak..1 kilo pasti tak mencukupi!

6 comments:

Kak Sam said...

Tq mokwo. Nak try le nanti

mokwo® said...

sama2..cuba lah selalu sgt mokwo buat sambal gini!

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Mokwo......waaaaaa..sutun 1 kg x cukup..ayu tambah lagi 2 kilo ar....:)

Thanks sbb tanya pasal heavy cream tu...Ayu dah reply, terconpius ar dgn sos balck pper....anyway....nanti mokwo nengok ye, tak plu heavy cream ma......

CT Delima said...

As'salam Mokwo

kalau dah depan mata ni sambal2 segala tak kisah sambal apa pun ct memang hangkut bawak balik..hehehe. selalunya sambal bilis lah yang paling laris ct makan. yang lain tu ada kurang nya. Kalau Hubby pullak gemar sambal daging..haa..tu tak payah tanya2. gerenti bertambah2lah nasi dua pinggan..hehehe

nanti bolehlah mencuba resipi dari Mokwo ni pulak :)

star shining nur said...

terima kasih kak...nanti mesti saya cuba...suka banget sambal...hmmmmmmm

star shining nur said...

terima kasih kak...nanti mesti saya cuba...suka banget sambal...hmmmmmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...