Pages

Wednesday, February 29, 2012

Nak tahu??

Tauhu Kukus BerSambal

Rabu itu tidak bisu....yang 'bisu' kekadangnya adalah aku....hemm baik jugak sekali sekali 'bisu'...dari gerutu saban hari gini dan gitu.....begitu berlambak resepi pun mokwo boleh buntu...tak tahu....last2 mokwo masak tauhu...sedap baiii gituw.....:)) to all ,senyum2 lerr selalu !!!



resepi hasil selongkar Dapur DJ....menten jelita jek cik kak nih..:D...tq very much Dayang...memang sedap sgt lah!...but mokwo lebih suka tauhu tuh di goreng....hemmm next time ekkk!



TAUHU KUKUS BERSAMBAL

Bahan-bahan :

  • Sekeping Tauhu Lembut (dikukus hingga masak)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1/2 kiub pati ikan bilis / pati ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • hirisan daun bawang dan daun ketumbar
  • garam dan gula melaka / gula pasir secukup rasa
  • 1 sudu besar udang kering (mokwo tambah, cuci dan tumbuk)
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
 Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing.
Masukkan sos cili dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan gula, garam dan air asam jawa.
 Kacau hingga pekat.
Tutupkan api dan siram pada tauhu kukus dan taburkan daun bawang dan daun ketumbar. Hidangkan.


_________________________

Wednesday, February 22, 2012

Banana Apple Cinnamon Muffins...per'kahwin'an yang menjadi

Assalamualaikum....
termenung punya termenung...garu kepala lagik dan lagi...idea ku pupus daaaa.....hemmmm...otak mokwo menerawang jauh..mengingatkan pada seorang mak cik nih yang baru2 ini mengadu tentang perhal diri nya yang diperlakukan sebagai 'bibik' di rumah sendiri oleh anak dan hantu menantu nya...katanya lagik, dia sudah tidak bisa menahan penderitaan itu dan mengambil keputusan akan meng'halau' anak dan menantu nya keluar...samada secara baik atau pun secara paksa....mokwo cukup setuju dengan keputusan itu..biarpun ada orang kata ianya kejam...cruel??? i don't see how!!!

apa2 pun mokwo harap segala masaalah nya dapat di selesaikan dengan baik lah.....tak syok lah dengar orang gaduh2 anak beranak nih...dan mokwo, jugak berharap sangat agar anak lelakinya sedar bahwa ibu dan bapanya yang berusia emas itu memerlukan kehidupan yang lebih tenang untuk menghabiskan sisa2 hidup mereka...sudah2 lah dengan menyusahkan mak bapa...dah pandai kahwin tuh..pandai2 lah nak berdikari membina keluarga sendiri ekk!


oklah kita tinggal kan mak cik tuh dulu...biarlah dia settle apa yang patut..mokwo nak masuk campur pun tak leh lah sebb itu urusan mereka anak beranak...mokwo nih boleh jadi tukang dengar dan bagi nasihat sedikit sebanyak yang mokwo tau

lepas mak cik tuh balik..mokwo pun berangan ...kalaulah benda tuh terjadi pada diri mokwo...eeeeiii Nauzubillahiminzalik....mokwo lebih suka bela kucing dari mem'bela' anak menantu sebegitu!

habis berangan..mokwo pun mulalah membuat benda yang lebih berfaedah iaitu menggodek muffin untuk menghabiskan stok apa yang ada.......pisang dan epal,  dikahwinkan sekali dalam resepi muffin nih...hihi...nasib baik rasanya tak lari jauh....sedap dan bagi mokwo sangat healthy sebab tiada penggunaan butter...gulanya pun mokwo dan alter guna gula perang dan kurangkan quantity nya

resepi yang mokwo ambil dari dapur Inahar..resepi yang cukup popular suatu masa dahulu...tqvm yer Puan Doc!


Banana and Apple Cinnamon Muffins
Ingredients

3 very ripe bananas (kita guna 8 biji pisang emas)
125ml vegetable oil

2 eggs

250g plain flour

100g caster sugar
( mokwo guna gula perang dan kurangkan kuantiti nya coz pisang ku udah manis)
½ teaspoon bicarbonate of soda

1 teaspoon baking powder

½ teaspoon cinnamon

2 eating apples, cored, peeled and cubed

1/2 tsp salt

Preheat the oven to 200ºC/180ºC fan oven/gas mark 6 and line a 12-bun muffin tin with muffin papers.
Mash the bananas and set aside for a moment.
Pour the oil into a jug and beat in the eggs.
Put the flour, sugar, bicarbonate of soda and baking powder and cinnamon into a large bowl and mix in the beaten-egg-and-oil mixture, followed by the mashed bananas.
Fold in the chopped apples and then place equal quantities in the prepared muffin tin and bake in the oven for 20 minutes.
 Cool in the tin for 5 minutes before removing to cool completely on a wire rack.

nota kaki wangi: HARUS BACA !!!!
untuk menghasilkn muffin yang cantik merekah gituw...bolehlah ikut petua yang di beri oleh kak Nor dan Izah...terimakasih banyak2 mokwo ucapkan atas kesudian kalian berkongsi ilmu !

Izah pesan : antara tipsnya.. panaskan dulu oven pada suhu yg tinggi. contoh 200c. tapi masa bakar turun suhu ke 180 mcm biasa. atau guna ejas api bawah dulu ke kan.

Kak Nor kata :  nak muffin naik menggunung, panaskan oven pd suhu yg tinggi (200 - 220C), masukkan muffin, bakar utk 10min, turunkan balik suhu pd 170 - 180C dan bakar hingga masak, biasanya lebih kurang 10min lg.. insyaallah muffin jd vulcano :)

lawalah pulak menengokkan mapin mokwo nih..ececeh...tak sia2 dengar cakap cik gu2!! :D

Wednesday, February 15, 2012

Green Peas Cookies


i need to use up my green peas powder...bought the powder last few months and it has been happily hibernating in my freezer... for wat!! next time mokwo kena betul2 plan...supaya bahan2 bakery not being wasted...tetapi kekadang sukar utk menahan nafsu..terutama sekali bila berjumpa dengan bahan2 yang susah nak dapt..seperti tepung green peas nih...walaupun tak plan pun nak buat..mokwo sambar jugak tepung tuh sekilo.... sib baik sekilo jek...!  me n my big eyes!

yep! i accidently put xtra baking powder....the cracking patterns look  kindda creepy!

hari tuh..Yatie ada publish pasal kukis nih...dan ingatan ku tentang tepung nih kembali segar lah...tapi tangguh punya tangguh baru sekarang 'ter'buat...mokwo hanya buat satu adunan sahaja....bagi mokwo biskut nih cukup sedap..melt in the mouth lah bak kata omputih...tapi di rumah nih lain pulak seleranya..masing2 macam tak berminat nak makan...so terpaksa rela lah mokwo habis kan nya sorang2.....di temani ber liter2 air masak suam buat penghilang dahaga

so mokwo letak lah resepi nya di sini pulak lah ye....resepi asal dari Along Roz...dan mokwo copy dari blog Yatie...terimakasih banyak2...sebuah resepi biskut yang simple dan sedap lah bagi tekak mokwo........macam terkena aura Hari Raya lak...:D

Green Peas Cookies

Bahan-Bahan

  • 1 cwn Tepung Kcg Peas (bukan tepung kacang hijau ekk!)
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.
 p/s: Along Roz kata resepi nih asalnya resepi biskut mazola...so boleh guna resepi yang sama utk buat biskut    mazola yek!

    Sunday, February 12, 2012

    Roti Senyum !!! :)) Super Soft Japanese Sweet Bun

    Assalamualaikum....
    oooooittt ....haha bukan saja apam, mapin jek yang senyum....roti pun boleh senyum tau...!:))
    mokwo memang selalu sangat buat roti...cuma tak selalu publish kat sini jek....bila dah buat, mokwo makan2 then...halamak...lupa mokwo nak snap dah habis....ye lah ..bukankah makan makan tu lebih mudah dari menye'nap' gambo...tah kenapa lately mokwo cukup tak rajin menye'nap' gambar....

    yang nih sempat lah mokwo snap gambar buat kenangan....sebab tak tahu dah berapa puluh kali dah mokwo guna resepi nih.....mokwo cukup suka dengan resepi roti yang menggunakan water roux....roti jadi cukup lmbut, moist biarpun di simpan beberapa hari lamanya....tapi rumah mokwo nih kalau buat dalam setengah kilo tepung, roti tuh hanya akan bertahan 2 hari jek!....masing2 memang kaki roti..especially my boypren....erkk pokwo lah !! mokwo manaaa ade boypren lain ekk!




    yang mokwo buat nih, sesudah di bulat2kan dan mengenbang buat kali ke dua..., mokwo hanya potong bahagian tengah roti dengan gunting...then mokwo masukkan ketulan butter...lepas tuh mokwo taburkan gula pasir di atas roti selepas di oles dengan sedikit telur...kemudian bakar lah...MasyaAllah...bau nyaaaaa....fuhhhh...tak gheti mokwo nak describe!!

    kadang kala mokwo masukkan mixed fruits, taburkan nuts atau intikan dia dengan fillings kegemaran...roti nih dari segi rasa lembut dan keenakkannya memang cukup mokwo berpuas hati....best ever soft bread !

    resepi asal dari Gert , My Kitchen Snippet....tetapi mokwo terjumpa dari blog kepunyaan Noor Masri, Coretan Dapur yang telah menggodek nya dari AnaWahid.....terimakasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi nya..dan izinkan mokwo panjangkan resepi ni di sini pulak yek!

    Super Soft Japanese Sweet Bun

    ingredients:Makes 16 buns

    375g bread flour
    100g plain flour
    35g milk powder
    75g caster sugar
    3/4 teaspoon salt
    1 sachet (7g or 2 1/2 tsp) instant dry yeast
    1 egg, lightly beaten
    150ml (approx.) lukewarm water – adjust according (I need only 130 ml)
    40g butter, cubed

    1 egg + a bit of water (for egg wash the buns)

    Water-Roux Paste/Tang Zhong:
    25g (just under 2 tbsp) bread flour
    125ml (1/2 cup) water

    Preparation for the Water-Roux

    1. Mix the flour and water in a small saucepan. . Cook over low to medium heat, stirring continuously until it reaches 65ºC. It should have thickened to a paste at this stage, which is when you stir you can see the bottom of the pan. Remove from heat; place a cling film over the paste and leave until lukewarm, or room temperature, before using. (Alternatively if you don’t have a thermometer, cook as before until it starts to thicken, then continue to cook for about 1 more minute before removing from heat.)

    Note: This water roux can be kept in an airtight container after cooling in the refrigerator for 1 day if not used immediately. However DO NOT USE if it turns grey in color, that means it has gone bad.

    Preparation for the dough:

    1. Fit the mixer with the dough hook attachment. Sift bread flour, plain flour, milk powder, caster sugar and salt the mixing bowl. Add in the yeast and mix well. Add in the water roux and beaten egg. Turn on the mixer and slowly add in the lukewarm water until the dough form into a nice ball of dough. (You might not need all the water. I used only 130 ml of it)
    2. Continue to knead for 10 minutes and add in the butter. Continue to knead until all the butter is incorporated into the dough and the dough is smooth and elastic. Take the dough out from the mixing bowl and give it a final few kneading by hand. Form it into a round ball and let it to rise until double in size in a large greased bowl. Cover the bowl with a wet towel or cling wrap (It took me an hour to proof the dough but it all depend on the weather and environment on the day you make the bread)
    3. Punch down the dough gives it a few knead and divide the dough into 16 equal portions. The easiest way to divide is to cut the dough into 4 parts and from there divide each into another 4 portions. Form each into a ball and let it rest for another 10 minutes.
    4. Shape and fill the buns with fillings. Place the buns in baking sheets that line with parchment paper. Cover the buns and let it rise until double in size (it takes another 30-40 min) Brush the buns with some egg wash.
    5. Bake in a pre-heated 350 degree for 15-20 minutes or until golden brown.


    Sunday, February 5, 2012

    Sambal Belacan Siam


    Assalamualaikum,
    Salam maulidur Rasul buat semua pembaca yang beragama Islam....jangan lupa untuk perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi saw...kekasih Allah dan Rasul yang senantiasa di rindui..dan selamat bercuti lagi ...hoooray !!!

    Ini adalah resepi sambal yang mokwo gandingkan dengan ikan bakar tempoh hari. mengikut resepi asal sambal nih akan menjadi pekat2 gituw...tetapi di sebabkan mokwo nak buatkan nya ala2 air asam, mokwo telah tambahlah sedikit air asam jawa dan blend semua bahan. bagi mokwo kalau buat air asam ni, rasa manisnya  mesti mau dominan...tapi ikut selera masing2 lah yek..sesetengah orang memang tak suka letak gula dalam masakan...

    so oklah , kita stori short2 ajelah ari....banyak rancangan dan jemputan harus mokwo susuli
    terima kasih Rinn atas perkongsian ini...cukup2 menyelerakan ! mokwo tampalkan di sini buat rujukan bersama2

    resepi dari Rinnchan's Footpages

    SAMBAL BELACAN SIAM

    Bahan-bahan :
    11 biji cilipadi...yg halus2 dan panjang2 tuuu. Kalau yg jenis kecil2 kena bubuh banyak lagi laaaa...
    1 biji cili merah
    4 biji bawang putih
    1 biji bawang merah
    Belacan 4in x 2in (Dibakar)
    4biji - 5 biji limau kasturi (Diperah jusnya)
    2 sudu gula 

    air asam jawa secukupnya ( mokwo tambah )

    Tumbuk semuanya kecuali jus limau. Bila dah lumat baru perah limau dan gaul. Kalau suka lumat..tumbuklah sampai lumat. Rinn suka yang tak berapa lumat. Bila tergigit serpihan-serpihan cili tuuu....Uuuuuuu tak terkata bestnya !!! ( mokwo blend semua bahan)

    Friday, February 3, 2012

    kangkung goreng belacan

    Assalamualaikum
    Hari jumaat selalunya mokwo masak awal...kerana hari nih adalah hari yang cukup pendek dan padat buat mokwo
    hari nih update sayur mayur ajelah sebab main dish belum siap lagik..:P..tengah perap ikan utk di bakar jer!
    kalau beli kangkung , mokwo pasti akan masak seperti ini...cukup sedap di gandingkan dgn nasik putih panas2 dan ikan bakar cicah air asam
     bagi yang ber'diet' pula ...tak perlu menelan saja air liur tuh..sebab boleh ratah2 sayur berserta ikan bakar...
    nasik...nehi, nehi...letak tepi..:D
    tapi kan awas yek penggunaan garam tuh...kang termasin lak sebab kebanyakkan bahan 2nya sudah sediakala masin

    resepi yang mokwo ambil dari dapur kak1, Blog citarasawan...terimakasih kak1..memang kena dengan selera mokwo!

    Kangkung Goreng Belacan

    Bahan-bahan
    300gm kangkung, bersih dan sejat
    1 sudu kecil sos tiram
    garam secukup rasa
    sedikit air
    Bahan Kisar
    2 ulas bawang putih
    1 ulas bawang merah
    1 sm belacan
    1 sudu besar udang kering
    minyak untuk menumis

    Bahan Hiasan
    bawang goreng untuk tabur
    1 tangkai cili merah di hiris
    Cara-cara :
    1.  Potong kangkung.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  
    2.  Masukkan kangkung, cili hiris, sos tiram, garam dan sedikit air untuk kuah (jika suka).  Gaul rata.
    3.  Masak sebentar saja kemudian angkat, tabur dengan bawang goreng dan hidangkan.

    *** Jika suka pedas, tambahkan cili merah atau cili padi.

    Thursday, February 2, 2012

    Air barli..penghilang dahaga !

    Assalamualaikum.....
    Pertama nya mokwo nak ucapkan terima kasih kepada yang telah sudi meninggalkan komen pada entri yang lepas...Alhamdulillah , so far kakak tidak lagi menghadapi masaalah ketika berada di sekolah...dan semangat untuk ke sekolah semakin pulih berbanding dengan sebelum nih...nak pergi sekolah pun seram sejuk kaki tangan

    ok lah kita tinggalkan si cerita si kakak...... mokwo lak banyak kisah suka dan duka berlaku sejak kebelakangan ni...semangat ber'blog'ging semakin menjuunam...er timbus terus kot!...nak masak pun jadi buntu semacam...di tambah badan senang ajer menjadi letih...kaki pula sekejap sekejap sakit di bahagian tumit....terutama bila berdiri dengan kadar masa yang lama....cukup menjadikan mokwo immobile kebanyakkan masa...apa nak di buatkan..itulah ketentuan alam...bila umur sudah meningkat , prestasi badan akan semakin menurun. seingat2 mokwo, masa mokwo muda2 dulu mana pernah sakit2 badan ker, tumit ker..bahkan demam pun cukup jarang...sekarang, mokwo kalau nak berjalan, beg berisi ubat-ubatan sebundle mesti akan menjadi teman seirirng...:D


    oklah...kali nih tak masak apa2 canggih pun hanya sekadar minuman penyejuk tekak yang  cukup best....natural goodness..... resepi yang dah lama mokwo intai dari dapur kak nor SG...resepi asal dari Rabiatun (tq very much!! )...mokwo tambah kan sedikit halwa kundur untuk memberi kelainan rasa pada air barli nih...mokwo pun cukup setuju dengan kak nor SG...air barli yang di kisar akan menyerlahkan lagi rasa barli tersebut...pekat lagi sejuk tat kala mengalir di anak tekak..so sapa2 nak cuba , bisa aja dong...tak susah pun..cuma nak rebus barli nih memakan masa skit ler...kalau boleh rebus lah guna api yang perlahan sehingga barli bengkak...kalau tak dak masa sesangat, boleh beli dari tin yang dah siap rebus punya...sonang keje! :D

    mokwo punya sudah semestinya suam2 kuku...itulah istimewanya jadi org semput nih!:)

    AIR BARLI
    resipi : Rabiatun
    sumber : K.Nor@SecubitGaram

    Bahan:
    1/2 peket barli @ 3/4 cawan ~ k.nor buat 1/2 cawan jer
    1 jug air
    gula secukup rasa
    Ais
    sedikit biji selasih yang direndam ( mokwo  yelek!)
    3 helai daun pandan ~ k.nor tambah
    sedikit halwa kundur (mokwo tambah...boleh di beli di kedai2 runcit atau pasarraya )

    Cara-cara
    Cuci bali hingga bersih. Toskan.
    Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga bali agak kembang.
    Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji bali tersebut dan blend hingga hancur.
    Masukkan balik bali yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
    Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
    Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letas ais dan juga biji selasih. Sedia diminum.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...