Assalaamualaikum,
Hari nih, buat sekian lamanya teringin sungguh.....akhirnya terbuat jugak si apam chomel ni...bila dah buat...mokwo nampak kejadiannya tak secantik yang di harapkan...mulalh nak kena cari sifu....:D
Rupanya banyak jugak pantang larang si apam nih yang dah mokwo langgar....hemmm tak pe lah kita jadikan pengajaran ekk! first timer...bisa tergeliat jugak tangan ni menge'dot' si apam chomel itew...tapi lelama makin seronok jadiknya...hilang sekejap stress yang melanda minda!!
so inilah tips yang telah di terangkan oleh
kak Nor dan
Rabiatun di facebook itu menurut pemahaman mokwo...kalau sesiapa ade tips lebihan yang mahu di tambah, harap jangan segan silu berkongsi yek! terlebih dahulu terimasih banyak2 buat
kak Nor yang senantiasa sudi melayan songeh ku ini!!
1) kalau telur yang di gunakan tuh kecil, bolehlah lebihkan telur atau lebih kan cecair ie susu yang di gunakan..supaya hasilnya tidak terlalu 'dry'.(guna susu fresh lebih baik)
2) pukul adunan sampai betul2 fluffy...sampai ringan..ie sekitar 6-8 minit pada kelajuan tinggi..barulah apam jadi gebusss
3)mencorak dan meletak kan apam dalam pengukus haruslah di buat dengan scepat mungkin...kalau tak baking powder akan bertindak balas dalam adunan menyebabkan apam di jangkiti 'jerawat batu'
4) isikan adunan batter hampir penuh kedalam papercup, so apam yang terhasil akan nampak naik dengan chantiknya
5) kukus apam dengan api yang sedrhana, tidak terlalu besar, supaya apam tidak merekah
6) apam yang di kukus terlalu lama sehingga masuk titisan air, akan menyebabkan apam mengecut
Resepinya mokwo c&p dari blog
kak Nor Secubit Garam......terimakasih jugak buat
Lily dari my resepi dan
cik gu Ina dari Hanamemories...kerana telah berkongsi dan mengolah resepi yang sangat sedap lagi chome lotte nih !!
RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : Lilydvalley MyResipi
olahan idea : hanamemories.blogspot.com
sumber :
K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan
3 biji telur A - dari peti sejuk
250 gm tepung gandum
150 gm gula halus
170 gm susu segar (susu full cream)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
papercup secukupnya
acuan lompang
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min) sehingga likat dan agak ringan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.(mokwo guna strawberry filling, tapi orang kata letak nutella filling lagi sedap!)
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api
jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12
min)
* k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min