Pages

Monday, May 10, 2010

popcorn

2,3 ari yg lepas..nilah projek mokwo n anak2...suka tengok amny sama2 melompat bila popcron meletup2...dia jugaklah yg makan byk sehingga pagi tadi mintak lagi dibuat utk bekal breakfast..resepi yg mokwo c&p dari aludra myr..memang tak syak lagik menjadik nih..sedap di makan kosong atau di salut karamel..ada sedikit editting pd kuantiti bahan2yg mokwo paparkan di sini..klau nak resepi asal bleh tengok sini..tq aludra!


bahan2:
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar minyak masak
1/2cawan jagung kering secukupnya

Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

cara-cara
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Ni rupa jagung kering tu..
Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

3 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum mokwo..uikk kami pun suka makan popcorn ni, tapi nak dapat mana ek jagung kering cam tu.tak perasan plak kat pasaraya ader ek?

ijayuji said...

Salam mokwo!!! kita nak sebalang popcorn ya nnati hantar nak tgk muvi nii ptg nanti hihihi...

mokwonik said...

izah..mokwo beli kat econsave..rasa2nye kat giant pun ade..dekat bhgn kekacang

ika..nak sebalang yeh..kena bawak movie tuh umah mokwo leeee..kita sama2 nengok sambil makan...syok gitu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...