Pages

Wednesday, May 12, 2010

daging kandar


dah buat resepi nih ngan ayam maupun daging..memang sedap betul terasa ke'mamak'kannye..hhehehe..tapi mokwo paling suka yg di masak ngan daging..sedap..resepi mokwo c&p dari blog hana yang mengambilnye pula dari kak.asma myr..lepas nih tak perlu lagi mengidam kuah kandar dr restoran nasi kandar kayu itu!
Bahan-bahan
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa
Cara-cara
-daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
-Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
-Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
-Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
-bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
-Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
-Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
-sesuai dimakan dengan nasi dan roti

2 comments:

fuzidss said...

ha tu dia...jom pakat masak ni

mokwonik said...

fuzidss..memang gerenti sedap..mokwo dah buat byk kali dah..barulah nak masuk dlm blog!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...