resepi dari blog dayang jack- teratak dayang jack..antara biskut yg terawal habis..buat dan habis pd hari yg sama..next time boleh buat lagi sekuk nih coz terlalu senang, bahan2 yg sgt minima dan digemari ramai..mokwo tambah kacang goreng..waduh2 terangkat2lah kerangupan dan kesedapan nye..
tqvm dayang dear for this simple yet so deliciously crispy recipe!
Biskut Cornflakes Madu
Bahan-bahan : (4-5 orang makan)
3 cawan empingan jagung ( dyg guna Kellog's Cornflakes asli)
60 gm mentega
1/8 cawan madu
1 sudu makan gula
sedikit bijan - jika suka
1/2 cawan kacang goreng tanpa minyak (mokwo tambah sendiri)
cawan kertas secukupnya
Cara-cara :
Panaskan oven 160C.
Cairkan mentega di dlm kuali. Masukkan emping jagung dan kacau perlahan2 dgn api kecil.
Kemudian masukkan madu. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan gula. Gaulkan rata2 dan tutupkan api.
Masukkan cornflake tadi ke dlm cawan kertas dan taburkan sedikit bijan.
Bakar selama 5-7 minit.
***biskut ni kalau tak bakar pun takpe tapi goreng lama sikit supaya ia rangup
2 comments:
salam akak, klo x bakar macam mana ya? tenkiu..
salam akak, klo x bakar macam mana ya? tenkiu..
Post a Comment