Pages

Thursday, September 30, 2010

tempoyak pucuk ubi petai


Awassss kepada sesiapa yg berdiet..anda mungkin takkn mau baca resepi nih!!! antara byk2 masakan nogori yg menambat hati mokwo..memang sedap, lebih2 lagi kalu tempoyak tuh di buat sendiri..makan dgn nasik panas2...huihhh ketepi ko lauk lain..!!!

bahan2:
20 ekor ikan bilis--basuh, tus*
10 biji cili api*
1 serai--ambil bahagian bulat yg putih aje*
1" kunyit hidup*
secekak pucuk ubi
4--5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit---hiris halus
3 papan petai---buang kulit, belah dua
1 cawan santan pekat
1/4 cawan air
garam gula secukup rasa

cara2:
  1. basuh pucuk ubi dan hiris kasar. celur dgn air mendidih yg di masukkan 1 sudu besar garam utk 3 minit
  2. tus kan pucuk ubi, perah skit seayu mungkin supaya pucuk ubi sedikit kering..hehe
  3. kisar bahan2 bertanda*
  4. dalam periuk, masukkan bahan kisar tadi dan 1/4 cawan air dan petai ..didihkan
  5. masukkan pula pucuk ubi, daun kunyit, asam keping, tempoyak dan santan..gaul sebati..
  6. perisakn dgn garam n gula..didihkan sekejap
  7. jangan sampai pecah minyak yeh..nanti tak lawa. gulai nih pekat2 cam kastad gitew!!
  8. hidang bersama nasi putih dan ikan bakar...pergggghhh makan tak hingatttt!!!

2 comments:

ilahjy said...

salam kak..kesukaan kuussss..teramat sukaaa..tapi tak pandai masak..ilah simpan resepi ni ya kak..beberapa org kwn pandai masak..depa kasi ilah..makan nasi tak ingat kg..hehe

Nuridah said...

Assalamualaikum Mokwo,inilah hidangan orang nogori yg gilang gemilang....hehee...ayah den tak jauh ngan lauk ni...hahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...