Pages

Thursday, July 7, 2011

Apple crumble....ai peminat no 1 !!

mokwo sukaaaaaaaaah ini desserts.....mana tak nye... campak2 pun pun boleh sedap (sekali sekala teringin nak 'angkat bakul' sendirik:D )...... banyak kali di buat sampai orang lain kat umah nih macam dah larat nak pandang..tapi kan mokwo buat untuk mokwo sorang jek boleh habis satu loyang empat segi 8" x 8"...heart this dish so much!

filling dia u oals boleh letak pear ke, pic, pineapples ke instead of apples..pah tuh crumble dia boleh campur dengan cornflakes, oats, nestum , variety of nuts or anything that u can think about..pepandailah ubah suai ikut stok ape yg ade dlm gobok!!



resepi nih main agak2 buat panduan semua.....simple2 punya! daaaaa..mokwo nak pergi buat kerja yg banyak tertunggak tuh.......pokwo dah bagi kad merah banyak kali  dah.../sweat

bahan2 filling;
2 biji epal hijau--buang kulit dan potong dadu
1 biji epal merah-- buang kulit dan potong dadu
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 1/2 sudu besar gula perang

cara2;
== gaul sebati semua bahan dan ketepikan

bahan crumble:
1 cawan tepung gandum
80gm butter sejuk -- di dadu kecil
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan nestum
sedikit garam

cara2:
== gaul ramas semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs
== glisskan loyang 8"x8"x3" dengan butter
== letakkn bahan2 filling dalam loyang tersebut kemudian di tabur rata2 crumbles di atasnya
== bakar for 35 min at 175 C
== sedia di hidang dengan kastard atau ice-cream vanilla



kastard vanilla:
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanilla
susu pekat manis secukup rasa
2 sudu kecil tepung kastard

cara2:
== satukan semua bahan2 dalam periuk..masak dengan api yg perlahan till pekat
== hidangkan dengan apple crumble

7 comments:

Cheq Sue said...

pernah buat sekali tapi x jadi... huuuuu seb baik x berapa nak suka makan ni

tun_telani said...

sedap! sedapp!! tun suka makan apple crumble.. lagi sedap kalau kat bawah ada pastry, atas wat crumble banyak2!!
dh ngences air liur nengok nii.. haa? mokwo nk habiskan semua tuu? byk tuu.. apa kata kasi kt tun separuh? =)

nonierahman said...

sedapnya...boleh try la lepas nie

♫ mokwo® ♫ said...

to cheqsue:
weaah camno boleh tak jadik tuh..sonang je nih!!

to tun:
versi tuh pun mokwo suka..tapi kena 'kerja' lebih..yg nih cara org malas punya..:))
errr dah pinish dah mokwo mmakan sorang2...wee!!

to nonie:
boleh..sila kan..sgt simple dan sedap!

Acik Erna said...

assalam mokwo..tetarik..dan menarik ni..ambik resepi ye mokwo

rose@ila said...

kita serupa...rose pon ska buat, ska mkn, ske lagik copy apste respo mokwo nih.tk

Nieza said...

sedapnya!....pernah mkn tapi tak pernah buat lagi ni..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...