Pages

Tuesday, July 5, 2011

kuih lapis..lembut koo lembik??


resepi dari tulip myr...bila mokwo buat ade skit terlembik..dan memang sesuai utk di potong dengan benang..tapikan pokwo cukup suka lak..rasa kuih undeniable sedap..next time have to adjust tang tepung tuh...
since tukang buat kuih nih tak punyai kesabaran yg tinggi ..maka nya jadi lah belang2 yg tak sekata...:)) apapun resepi nih memang sodap!!!

beberapa tips yang boleh di ikut untuk mendapatkan kuih lapis yang cun melecun:
  • cara membahagi adunan dengan lebih tepat..bolehlah ikut cara mat gebu di sini....
  •  pastikan air tidak menitik di atas setiap lapisan..so boleh balut penutup kukusan dengan kain semasa mengukus...kalau tak cerai berailah setiap lapisan
  • pengukus yang guna dapur gas tuh lebih praktikal dari pengukus elektrik
  • sebelum melapis..alas loyang dengan cling film..kuih akan lebih senang untuk di keluarkan
so oklah kalau ada sesiapa nak berkongsi tips2 tentang kuih lapis nih..mokwo sgt2 mengalu2kan....
    resepi mokwo ambil dari tulip77 from myr..terimakasih banyak2...moga semangat melapis mokwo tak pudar..sebb mokwo tengok banyak kuih2 lapis yg cun2 yg di buat blogger2 masakan yg cukup kreatif di luar sana


    Bahan-bahan ::

    • 1 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
    • 1 st garam
    • 2 paket santan serbuk ( mokwo guna santan dari perahan sebijik kelapa , jadikan 4 cawan)
    • 1 st minyak masak
    • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
    • 4 cawan air    (tak buh lah sebb dah ada 4 cawan santan dari perahan kelapa di atas)

    Cara-cara

    1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
    2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
    3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
    4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
    5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
    6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
    7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :) 
    8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

    11 comments:

    Acik Erna said...

    mokwo.akak memang tak do kesabaran nak buek kuih lapis2 ni..dah la tangan tak de seni..tah apa jadinya nanti..kalau nak makan akak beli je seketui..he he..cantik dah tu kuih lapis mokwo..menjadi la tu..

    Cheq Sue said...

    nasib baik tak jadi kuih xde lapis... dalam tak sabar pun berlapis2 cantik aja adanya...

    noorsafone said...

    mok wo...jgn putus semangat...cuba lagi.kali pertama memang lah banyak kekurangannya...belajar dari kesilapan kan...dulu mama pun macam tu juga,buat pertama kali lembik la,tak manislah,keraslah...macam2lah.

    izahdaut said...

    mokwo potong ngan benang ke? nampak mcm lembik tapi cantik je potongan nyer tu.hubby saya pun suke je kuih lembik gini..lembik lembut..kan

    ♫ mokwo® ♫ said...

    to kak erna:
    :)emm boleh lah utk masuk mulut sendiri..mokwo buat pun sebb anak kecik mokwo tuh nak makan..malam2 mana nak carik beli kuih lapis nih..hisssh lately mcm2 di mintaknya!!

    to cheq sue:
    :) kalau tak mokwo nak kena namakan kuih bengkang lembik lerr!

    to mama noor:
    mcm tu kaa kak noor..bila makan nih ingat mcm makan tepung pelita jeek!

    to izah:
    mokwo potong dengan spatula plastik tuh..eloklah tak melekat dia..senang nak telan gak!

    hani@debumelukut said...

    pernah cuba buat tapi tak pernah menjadi cantik..payah juga ni.

    RynaHakimi said...

    Suami sy asyik duk suruh buat kuih lapis ni..bolehla cuba resepi ni nanti..thanks ye mokwo sebab kongsi resepi =)

    ♫ mokwo® ♫ said...

    to ryna :
    try lah ryna..adunan nih kalau nak makan 2 orang pun sesuai gak..tak lah banyak sangat!

    Nuridah said...

    Assalamualaikum Mokwo,

    terima kasih ya beritau kak Nur pasal kuih lapis nie...tengok mokwo punya kaler lapis aje dh jatuh cintan nie....hehe...maybe one day I should try this recipe...TQ for sharing dear!!Love u...

    Ayu Safieza @ Humaira' said...

    Waaaaaaaaaaaa mokwo....ayu kalu dpt kuih lapis yg lembut ke lembik ke...musti terjoget2 makan tau....best...lembuuuuuuuuuuuuut!!!!

    ♫ mokwo® ♫ said...

    to nuridah;
    you r most welcome,,kalau nak dapatkan kuih yg lembut dan lebih berlemak:D gunalah santan yg di perah...fuhh!! dayet..simpan lam gobok dulu!

    to ayu:
    ayuuu..meh teman mokwo tengah berjoget kat dapur nih!! help meee!!:))

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...