Pages

Saturday, July 7, 2012

Biskut Sugee.. Ramadhan mood !!!

Assalamualaikum.....
huuuih tenggelam lagi mokwo dalam kesibukkan urusan harian..tak sedar rupanya dah lama gak tak update blog kesayangan mokwo nih.......u aols apa khabar???...mokwo sihat dan baik2 belaka Alhamdulillah.......harap kalian berada dalam situasi yang menenangkan

hari nih nak review sikit tentang biskut sugee nih...majoriti orang suka makan lah....termasuklah mokwo...
biskut nih bukan saja mokwo wajib buat semasa Hari Raya...tetapi tak raya pun mokwo selalu sgt buat terutama bila mokwo melawat anak bujang mokwo...ini dia punya favourite

dah siap letak dalam teperwer

penggunaan bahan yang cukup simple dan minima.....getel2.... bakar ....daaaah siaaaap!

minyak sapi tuh..pastikan u aols guna minyak sapi yang berkualiti tinggi supaya rasanya lebih lemak berkrim......tahun2 sebelumnya mokwo guna minyak sapi QBB...tetapi sejak pengharaman nya dan penghalalan semula ...mokwo masih was-was nak gunakan minyak sapi QBB nih...pening aiiih...memula kata nya haram...then tup2 boleh jadik halal balik !! hemmm macam mana lah tuh yek?? apa-apa pun ..terpulang lah pada keyakinan masing2 ekk!

oklah kalau sesiapa berkenan boleh lah mencubanya.....tak raya pun boleh buat... utk kudap-kudapan mak budak2 yang tengah kuat makan...:D

biskut budget yang sedap looor!


                                                        BISKUT SUGEE

bahan-bahan :
3/4 cawan gula ising
3/4 cawan minyak sapi (mokwo guna jenama cow n calf)
1 sudu makan susu tepung
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus

hiasan:
ceri merah yang di potong halus

cara2
  • satukan minyak sapi dan gula ising dalam mangkuk adunan
  • kacau sebati dengan senduk kayu
  • masukkan baking powder, susu tepung dan garam halus. kacau sebati
  • masukkan pula tepung gandum, sedikit demi sedikt sambil di gaul dengan tangan sehingga membentuk doh
  • rehatkan doh dalam peti sejuk selama 20min.boleh start panaskan oven pada 175 C
  • keluarkan doh. ambil satu sudu kecil doh..dan bentuk bulat2
  • buat sehingga habis.hiaskan dengan hirisan ceri merah di tengahnya
  • bakar selama 20min atau sehingga masak

7 comments:

Acik Erna said...

tima kasih mokwo..kegemaran bujang cik jugak ni..nanti nak cuba buat ikut resepi mokwo ni ye

Cheq Sue said...

sudikah mokwo menjadi mak angkat saya, supaya ada ketikanya mokwo datang melawat saya akan dibawa sujee ini untuk kudap-kudapan juga? he he he

Granny Hani said...

tq...nak cuba buat ni..

mokwo® said...

yur welcome...nanti kak leh try..sgt senang..adjustlah mane2 yg patut yek!

mokwo® said...

nanti cheq sue memang tak larat nak 'angkat' mokwo tau...mokwo sgt berat!hihi

mokwo® said...

ni gentel2 sebelah tangan sambil main2 ngan cucu pun boleh tau!

aeinio said...

heheh saya terbaca cili merah utk hiasan... baca lg sekali ceri merah huhuhu malu sendirik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...