itam2 si tampok manggis.....biarpun itam, ku makan tetap manis....:D |
Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi kita kan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..kalau tak silap mokwo..ikutkan jadual di kalender..1st Ramadhan jatuh this coming sabtu
Jadinya this few days..adalah hari yang mokwo peruntukkan untuk menghabiskan sisa2 makanan., tepung2 roti dan pendek kata meng-clear-kan fridge seboleh mungkin......
jumpa tepung roti barang 1 cawan...my doter nak sangat makan donut..umi nya pulak tak suka donut...so mokwo pun cari lah kekdah buat donut short-cut..:)
jumpa resepi ni yg lama jugak dah salin..mokwo hanya buat setengah adunan...jadi lah!!
ingatkan nak kerja senang...rupanya..leceh juga nak handle adunan donut nih yang melekit-lekit bila masa nak goreng...time nak goreng tu pulak...ada pula peminat talipon...:D
adeh...sudahnya jadi lah donut mokwo ni hitam2 tompok manggis...lawo ape..ala2 kulit jeniper lopes gitew!!!(ayat cover line)
kalau dari segi rasa mengikut piawaian tekak mokwo nih..mokwo lebih sukakan donut yang di buat secara konvensional gituw...apa2 pun....mokwo suka cuba sesuatu yang baru...so kepada sesiapa yang berkenan..bolehlah cuba donut ni
Resepi asal dari TTM, tokeh corelle, tapi mokwo ambil dari blog Izah, tokeh baju .. ...:)..tq Izah dan TTM ,selamat maju jaya dalam perniagaan yang di ceburi !!
MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM
Bahan-bahan
220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
30g gula kastor *izah letak 4 sb
2 biji telur
5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
2 cwn tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
200g raspberry jam *izah tak letak
clotted cream, to serve *izah tak letak
2 tsp lavender flowers* izah tak letak
100g caster sugar
Caranya:
Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian bancuh yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
*izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata. (mokwo ikut cara izah)
Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Cara
menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga
adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. Sila praktik untuk
berjaya ye. hehehee..
Coated dengan jem kegemaran atau gula. Dah..sila makan dengan berseleranya. TQ.
nota izah: goreng menggunakan api kecil. Lamakan sikit menggoreng donut ni supaya donut cukup masak hingga ke dalam.
klau dah tak dak masa sangat, mokwo suka beli donut di Big Apple Donut...sedap jugak donut dia..mewah dgn topping...padan lah dengan rege nya! |
7 comments:
salam mokwo.. tun pun nnti nk marathon habiskan semua stok2 bahan masakan jugak. duk tangguh2 nk buat donat dr 2 hari lepas. esok nk kene mendonat jugak ni, wat frozen siap2. nnti senang kalau x sempat buat kuih utk berbuka, goreng je.
Assalam mokwo.
Cutenya donut tu....mulat2.
hahaha dh jadi tokey baju lak... mokwo sama la.. big apple tiada tandingan. topping dia terrbaikkk :-) tetibe lapo donut
Donat oh donat...sedapnye dapat gigit donat panas2..
salam mokwo...tp la trlbh matang..janji sodap!!Seronok tgk biskut sugee mokwo tu..mood nk raya dah mai :D
Terima kasih promote pemanggang ajaib atie ya...baru nk bljr2 biz:)
to tun:
memang elok buat frozen2 nih..jimat masa jimat segala...good idea tun!!
to Norzie hany:
bulat tapi legam lah skit!!haaiss
to izah daut:
tu lah kekadang tuh memang selau beli dari buat...bigi apple is d choice!
to rohah:
donut Panas2 memang tiada tandingan
to atie:
ray ke tak raya memang mokwo selau buat biskut tie..anak2 nak makan..lebih sedap dari beli!
selamat maju jaya dlm bz..mkwo suka tengok orang Islam berniaga!
Awesome blog you have heree
Post a Comment