| yg ni guna respi yg ori....harum segar bau daun pandannya! sudu tuh ter'enteprem' jap! |
Assalamualaikum...mood me'nalam' masih belum timbul......fobia mokwo masih ada...tunggulah dulu.... justeru, meh lerr buat kuih yang gerenti jadik nih, gerenti boleh makan pun ssgt sodappppp !
1st time tengok di blog ummi K..mokwo cepat2 salin dan peram lah resepi ( as usual )..sampai seru baru kita buat....bila dah buat, memang tak de full-stop lagik...sekarang, pantang nampak roti tak bersentuh...cepat2 mokwo buatkan bingka nih......sampai pokwo pun naik heran, coz roti yg di beli cepat betul 'laku' lately...:D
bingka nih jugak sudah me'rantau' banyak tempat dan memang menepati citarasa ramai nih...thanks for the owner n for those who care to share....resepi ni memang nak kena simpan kemas2 !
| yang ini mokwo letak gula merah...hanya gantikan quantiti gula biasa dgn gula merah dan masak bersama air |
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
- 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
- 200 ml air
- 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor, mokwo pun)
- 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh pes pandan
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
- Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
- Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
- Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
- Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)