Pages

Sunday, September 25, 2011

Ikan belanak masak tempoyak....selera lepas raya!

Assalamualaikum....salam santai 1 Malaysia ...kalau sesiapa yang kena berkerja di hari minggu tuh..selamat berkerja yek!...tak moh merungut2 wokah...bekerja menyara keluarga juga boleh di jadikan ibadah..kalau kena dengan syariat Islam

Ikan belanak...first time mokwo jumpa...selama nih dok dengar hanya cerita2 tentang nya...cukup payah nak jumpa di pasar2 biasa...harga nya pun boleh tahan mahal nya...pokwo yg beli di pasar ikan bagan lalang...brapa sekilo pun dia tak pasti ...rembat ajerr tak moh banyak cakap sebb pokwo tengok hanya ada tinggal sekor


Rupa nya memang sedap ikan  ni...lembut dan lemak isinya..lebih2 lagi bila ikan memang fresh...jika ketemu lagi..mokwo mau beli banyak ekor....nak try goreng or bakar...tapi kan yang tak tahan tu tang dia punya kepala....alamak aii serupa itu ularrr....hemm mokwo tutup mata makan tau..!!




resepi yang mokwo copy dari cik gu Ina...mana dah menghilang mak budak nih...Ina kata resepi nih di perturunkan dari Ummi Kuantan..tq to both lovely happy-go-lucky ladies ! resepi simple yang sedap !! 

  1. ikan belanak..pic yang mokwo pinjam dari visiklasik..tq!
Bahan-bahan

2 ekor ikan patin - elok yang sungai punya (saiz sedang) - mokwo x makan ikan patin ganti ikan belanak!

12 - 14 tangkai cili padi - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 cawan tempoyak (akak guna 1 cawan tempoyak agak lama (masam sikit) & 1 cawan tempoyak baru sikit, kalau tempoyak baru semua, kena letak 1-2 kpg asam gelugor)
1/2 batang timun taun (timun tua yang berwarna coklat gitu) - hana gune timun biasa jerk, mokwo buh terung!

8 - 10 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
2 cawan air untuk kuah secukupnya (jangan terlalu cair)
garam secukup rasa
gula (optional) - kalau terpedas sangatlah

Cara-cara
Ikan dipotong dan dibersihkan. Kemudian diperap dengan garam dan limau nipis lebih kurang 20 - 30 minit. Bersihkan semula dan toskan.
Timun dibelah dua dan dibuang biji tengahnya dan potong 1/2 inci tebal. Bersihkan dan ketepikan.
Masukkan bahan tumbuk dan tempoyak dengan 1/2 cawan air dulu ke dalam periuk. Renehkan sebentar agar cili benar-benar masak.
Bila telah mendidih, masukkan air untuk kuahnya beserta timun taun.
Biarkan timun masak bersama tempoyak dahulu hingga 3/4 lembut dengan api sederhana perlahan. (timun ni agak keras jugak)
Kemudian masukkan bungan kantan dan daun kesum. Biar sebentar biar kantan lembut.
Masukkan ikan patin dan kacau sesekali sahaja. (ikan patin cepat masak dan mudah hancur jika selalu dikacau). Boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat. Biarkan mereneh dan letak garam secukup rasa.

6 comments:

Qhaifa Nur said...

salam singgah

dengar nama tempoyak, teringat dulu semalam makan ikan kembung masak tempoyak gan terung..tempoyak mmg the best..

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

Acik Erna said...

assalam mokwo..hari ni.akak masak ikan patin tempoyak jugak..tapi ta letak bawang pun..cili api kunyit hidup dah tempoyak je..letak air..sebabnya..pagi2 hujan tak kepasar..jadinya tak dapat le nak beli bahan2 sampingan tu..tapi sebab dah ada tempoyak..sedap jugak mokwo..(bukan puji diri sendiri ni..he he)

izahdaut said...

masyaAllahh... sangat heaven gulai tempoyak ni. saya pun nak makan nasi ngan gulai tempoyak daging ni. alahaii sedapnya

Ummi said...

Assalamualaikum Mokwo...amboii tengok masak tempoyak tu...terliur habis...leh hancuss diet nih!

Ayu said...

nak kena cuba jugalah tempoyak nikan..aduhhh..siapa nak tolong masakkan ni ya?..
tempoyak pun tak jumpa kat sini..huhu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salma mokwo...ikan belanak nie klu buat goreng garing2 mmg sedap!.Adehhhh,xtahan negok tempoyak mokwo tu...mcm dh trbau2 ke sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...