Pages

Monday, June 4, 2012

Tuna Roll... make over!

Assalamualaikum....

weekend yang sungguh padat tapi mokwo usahakan jugak mengupdate....asyik dok tayang gambar dapur mokwo tuh...nanti takut ada jugak orang kata mokwo nak menunjuk-nunjuk pulak...tersangat lah segan nya aii!!

walaupun weekend penuh dengan kenduri kendara...pepagi mokwo sudah masak jugak....biasanya masak simple2 tapi cukup mengenyangkan...al-maklumlah bila pergi kenduri tuh bukan nya boleh nak makan yo yo orr sangat kan...sebb lauk2 kenduri semuanya lebih kurang sama ajer, jadi kita jamah mana2 sikit ajelah

semalam pergi kenduri, mokwo anak beranak dapat tempat duduk betul2 depan loud speaker....aduhai macam nak luruh jantung guwe mendengarkan bunyi-bunyian yang di pasang....lepas tuh ada lak yang sudi berkaraoke men'sumbang'kan beberapa buah lagu.....nasib baiik mokwo tak duduk lama...time duduk makan di situ pun, kitaorang bercakap macam masing2 dah kena pekak badak dah...cakap dan menjerit sudah tiada bezanya,....itulah budaya baru dalam majlis perkahwinan orang Melayu sekarang...DJ, speaker, lagu2 yang di pasang sekuat2nya,karaoke... sudah menjadi sesuatu yang wajib dalam memeriahkan majlis perkahwinan hari ini, ......hemmmmm maaflah yeah, mokwo cukup tak gemar!

roti nih mokwo buat sebelum pergi kenduri...tak sempat nak meng'roll' mokwo buat dalam bentuk bun...bergambar pun ala kadar sebelum selamat masuk tapuwer  sebb nak cepat...tapi rasanya memang superb...espacially tang intinya,...mokwo boleh ratah2 begitu shaja...next time kita cuba buat yg roll'ing2 pulak yeah! ( kalau rajin :D !!!)


resepi asal dari Mat Gebu...tapi mokwo sudah tengok ramai GMM yang dah mencuba dengan jayanya.....lagi satu disebabkan mokwo masih tak beli2 lagi itu bread softener n improver...mokwo gantikan dengan water roux seperti resepi di bawah...so izin kan mokwo letakkan resepi di sini pulak lah, by d way Mat pun cukup bermurah hati untuk meletakkan dia punya step-by-step...so do check it out at his lovely blog !

TUNA ROLL/ BUN

Water Roux:
1 sudu besar tepung roti
5 sudu besar air
-- satukan bahan2 kedalam periuk
-masak dengan api kecil sampai pekat..sejukkan dan ketepikan

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (mokwo guna semua water roux yang di atas)
1/4 camca teh bread softerner (mokwo tak letak)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega (mokwo guna shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa, mokwo guna 6 1/2 sudu besar air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...( mokwo buat bun dan isikan dengan inti.)


8 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Rajinnya mokwo meroti, sy juga yang entah bilaaaaa.. hihi..

memanglah kalau pergi kenduri kahwin sekarang, kita ni terpekik2 bercakap kan.. huhu

tun_telani said...

Salam mokwo.. sama laa kita, kalau kenduri kawin yg suka pasang lagu2 tu, bila balik mesti tun pening.. huhu... tp kalau saudara sendiri, x nak x terpaksa tahan jugak. xkan nk gi makan2 pastu balik kan, esok tu sure berdengung2 telinga nih. saboo je laa..

tun suka jugak resepi nih.. tp tun mmg malas nk wat water roux tu, sbb mesti x habis guna pastu membazir mcm tu je. hihi

Acik Erna said...

salam mokwo..tah bila la nak mencuba meroti nih..masih tidak berkeyakinan.

mokwo® said...

to Sari:
mokwo suka buat roti..sari try lah yek..kalau menjadi tuh memang ketagih nak membuatnya....
mokwo rasa lenkali nak pegi kenduri, mokwo nak bawak micropon sendirik lah!!:))

to tun:
betul tu tun...fening macam mabuk laut pun ade...tapi kalau sedara mara dah nak buat memang kena tadah telinga lah jawapnya..:)

tun try buat guna amaun water roux yang mokwo buat ..InsyaAllah tak membazir water roux nya sebb dah di guna semuanya\

to kak erna:
kak cubalah...tak susah mana..mcm buat donut jugak!!!nanti try pasti panggey mokwo makan yek!!

hana said...

hakakkkk... tersangat la men'teruja' akan hati amberr...rasanya bln nih blom berlumban dgn roti.. harus juga nih! (tiap bln mcm wajib meroti je bunyinyer.. hahahaha)

Ayu said...

Assalam mokwo,
nampak lembut betul roti ni..very tempting..
kita pun dah lama tak meroti..selalu buat roti amcam fail aje..hehe

mokwo® said...

to hana:
aaah hari nih kejutkan bibik melayu tuh bagi dia kerja!!!:))

to Ayu:
ayyyaak..mcm mane bleh fail?..itu BM jugak juat kerja!!!:))ari tuh mokwo buat roti gak..bantat, rupa2nya yis ku dah sebulan arwah!!huhu

Ami said...

Assalam... Mencuci mana tgk blok mokwo ni.. Hurmm nak tanya pasaraya mana yer de jual wheat starch tu,2 hari doh pusing mydin ngan tesco x jupo..kedai kek xder area saya ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...