Pages

Sunday, July 29, 2012

Koci basi, murtabak kosong dan air kelapa paip !!

Assalamualaikum
Ni cerita semalam..kakak  n the geng...tetiba nak ke paRam (pasar Ramadhan ) berdekatan dengan rumah mokwo...beberapa hari kakak dok ajak mokwo pergi...tapi mokwo tak berminat nak pergi..di tambah dgn keadaan trafik yg menyeksakan... nak jalan kaki..terasa sungguh malas, lagi pun  kebanyakkan hari mokwo sudah masak...so mcm membazir dan buang masa ajerlah kalau mokwo pergi.

tup2 petang semalam..geng2 kakak singgah di rumah dan ajak kakak hepi2 hour ke PaRam. mokwo benarkan..mokwo sponsor jugak RM10...mokwo pesan sungguh2 pada kakak supaya berjimat cermat tika membeli...jangan ikut nafsu tengah lapar...kakak angguk mengerti..katanya dia hanya nak beli air kelapa ajerr..! (ye kerr??)

bila kakak balik..mokwo membelek plastik bungkusan yang kakak beli...1st impression..cukup tidak membrangsangkan

kita tengok ape kakak beli: (sori tak dek gamba )

murtabak daging = 1 x RM 2.50
murtabak ayam = 1 x RM 2.50
kuih koci = 3 butir, RM 1
kuih keria = 3 butir, RM1
air kelapa = 1 bungkus RM 2
 --------------------------
           total belanja = RM 9

waktu berbuka tiba..kakak tak sabar nak makan makanan yg di belinya...cucur udang yang mokwo dah sediakan di pandang sepi.......tetiba....uweeeeek!!!...kakak semacam mau termuntah...rupa2nya kuih koci yg masuk dalam mulut kakak tuh dah basiii! kuih keria pula terlalu ketara rasa tepung

nya...murtabak...alahai...dah lah bayang daging pun tak nampak...nipis mc buku tulis sekolah amny pulak tuh...dan paling syahdu sekali...air kelapa...yang memang rasenya tak ubah seperti air paip !!..muncung kakak udah panjang. mokwo naik kesian jugak tengok...maklumlah penat2 beli...nak makan..satu hapah pun tak leh nak masuk tekak!!

last2 cucur udang mokwo dan air ECPI  kembali meriah dengan peminat2nya
so moral of d stori...berhati2 bila membeli di pasar ramadhan..sebb banyak jugak peniaga2 jenis bidan terjun nih...dan tak kurang jugak yg ramai me-recycle juadah mereka...so hati2 lah yek

selamat berbuka buat semua yang berpuasa!!!

Friday, July 27, 2012

Cornflakes badam Madu...rasa nak ngukis!


Assalamualaikum....
Klau pergi Hypermarket tuh...bahan2 buat sekuk raya depa dah siap susun berderet2...rambang mata di buatnya..

Mokwo rembat satu kotak nestle cornflakes..amny dah awal2 lagi pesan suruh buat cornflakes madu
mokwo jumpa resepi nih dari Hasue...resepi yang ringkas dan mudah...sebab kalau di letak buah2an tuh budak2 tak berapa suka

lagi satu, mokwo tak letak dalam papercup kecik2...pokwo kata membazir jek...penat2 buh dlam tuh , org makan then buang ajerr...lagi pun cara lebur gini cukup senang dan cepat...so kalau tetamu nak makan kita bagi dia sudu ekk!....:) lagi satu , tissue pun letaklah atas meja siap2...nanti berlemuih tangan tetamu pulak ye!
 selain letak madu, mokwo juga masukkan sedikit penkek syrup utk menghasilkan rasa ala2 karamel...memang cukup wangi...satu adunan gerenti hilang sekejap jek!!!

kalau nak tengok resepi asal boleh tengok dekat blog hasue...resepi yang nih mokwo dah olah bersesuaian dgn citarasa mokwo...tq sue !! sudah masuk dah sekuk nih dlm list raya mokwo !!...:D

Cornflakes Badam Madu

bahan2:
5 cawan cornflakes (mokwo suka guna nestle cornflakes)
80gm butter
3 sudu besar penkek syrup
3 sudu besar madu
3 sudu besar gula pasir
1 cawan hirisan kacang badam yang telah di panggang

Cara2:
  1. panaskan oven pada suhu 180 C
  2. cairkan butter dalam kuali. masukkan penkek syrup, madu dan gula
  3. masak dengan api perlahan sehingga berbuih. masak lagi dalam 1 minit
  4. masukkan cornflakes dam badam. gaul sebati sebati
  5. masukkan adunan dalam loyang pembakar yg di alas dgn kertas minyak
  6. bakar dlam 15-20 minit..mokwo bakar sampai dia naik bau harum nya
  7. keluarkan dari oven. guna senduk dan gaulkan perlahan cornflakes yang masih panas itu supaya cornflakes terlerai elok
  8. sejukkan dan masuk dalam balang yang kedap udara




Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan Kareem.....Masih sempat juga Alhamdulillah !

Assalamualaikum....
Hari nih dah masuk hari yang ke-5 kita mengerjakan ibadah puasa......biar pun lambat, mokwo nak ambil kesempatan ini mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat berjuang meneruskan ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat yang mokwo hormati

hari ini baru sahaja mokwo berkesempatan mengadap komputer...usah di cerita tentang kesibukkan yang tak pernah usai...lebih seronok kalau bercerita tentang makan2 dan masak2...
jangan kira benda ni sia2 pulak yeh!...kalau di betulkan niat...setiap resepi yang di paparkan ikhlas, lillahitaala pun boleh mendapat ganjaran pahalanya di sisi Allah kan!

Oklah...u oals dah masak ke belum.....erkkk pagi2 nih mesti belum lagikkan....kebanyakkan orang, bila berbuka pasti akan menghidangkan makanan yang berat2...tetapi sejak beberapa tahun ini, mokwo buat sedikit perubahan dari segi menu berbuka dan bersahur.

sedap nih makan kurma n badam panggang..acu cer terai!!..:D

dari pemerhatian mokwo, terutama sekali kepada anak2 mokwo, kalau di hidangkan dengan makanan nasi sewaktu berbuka ...alamat...waktu tarawih, masing2 jadi liat berlipat-lipat nak mengerjakannya....:( di tambah kalau dihidang dengan minuman ber-ais yang berbagai jenis dan rasa...pastinya kena jadi doktor pencen lah mokwo pada setiap selepas waktu berbuka, kerana banyak sangat aduan sakit perutlah, nak muntah lah !!

air kosong yang tak kosong sebenarnya...!

Di tahun ini, seperti tahun lepas juga....waktu berbuka mokwo, mokwo akan hidangkan dengan hidangan yang seringkas mungkin..seprti sandwich ker, mee hoon ker , cekodok ker , kurma, madu dan air kosong, (mokwo paling suka minum air ECPI )...cukup dengan satu hidangan savoury  satu hidangan manis dan satu jug air kosong...buat se ala kadar yang mungkin untuk mengalas perut dan replenish kadar gula yang berkurangan semasa berpuasa tadi....memang banyak sonang bai kerja mokwo...:)

barisan madu2 ku!!:)..mokwo paling suka madu Khaula !!

bila mokwo buat begini...anak2 akan senantiasa looking forward for sahur..kerana bila sahur baru meraka dapat makan comfort food kegemaran ramai iaitu nasi...!! Jadi mereka senang sikit nak bangun....Secara tak langsung, mokwo juga akan seboleh mungkin mendisplinkan diri mokwo untuk bangun dan menyediakan makanan untuk sahur...nanti tak makan kesian kat budak2 dan bapak budak lah!
di samping itu jugak dapat mengajar anak2 tentang kelebihan dan keistimewaan bersahur yang menjadi sunnah Rasulullah saw...kalau ade kerajinan jugak, mokwo sendiri akan bangun awal sedikt, so dapatlah mokwo buat solat2 sunat, yang mokwo akui kalau di bulan2 biasa memang cukup susah nak kerjakan

so apa yang mokwo nak tegaskan di sini..bila kita berpuasa....jenis2 makanan yang kita pilih untuk berbuka dan bersahur itu sangat penting sebenarnya...mokwo tak kata cara mokwo nih sesuai untuk semua orang, tapi mokwo dah amalkan cara begini dari tahun lepas n so far mokwo tidak pernah miss untuk bersahur...anak2 juga seronok nak bangun terutama bila ada juadah2 yang menjadi kegemaran mereka ketika sahur nanti

Sayang jugak mokwo kenang kan senario di kawasan perumahan mokwo...yakni bila waktu bersahur...kawasan sekitaran sunyi sepi tetapi kalau waktu berbuka, bunyi keletung kelentang. nya,....MasyaAllah...ngalah nak buat kenduri kawin! bila mokwo tanya..tak bersahur ker?? mereka selalunya mengatakan mereka sudah bersahur dengan mengambil makanan selewat dlam pukul 1-3 pagi sebelum mereka tidur...ooooit itu di kira sahur kaaa?? tak tau pulak mokwo!!! tapi apa yang mokwo tahu ialah kita di syorkan mempercepatkan berbuka dan melewatkan sahur...!! Alllahu'alam

So sebelum mokwo akhiri ceramah celoteh mokwo kali ni...mokwo nak ambil kesempatan nak memohon maaf kalau ada tersalah silap dan terkasar bahasa selama mokwo bersiaran di alam ciber ini....kalau ada yang tersinggung dgn kata2 dan perbuatan mokwo , mintak maaf lah banyak2...dan kalau ada resepi2 yang mokwo paparkan dalam blog nih orang lain try tak menjadi pun mokwo mintak maaf jugak, sebb mokwo try jadi:D !!!

menu wajib,satu hidangan yang cukup  lengkap untuk berbuka bagi mokwo sekeluarga! Alhamdulillah

SALAM RAMADHAN KAREEM UTUK SEMUA UMAT ISLAM, WHEREVER U R !!

Tuesday, July 17, 2012

Donut Sawo TERMatang...hihi!!


itam2 si tampok manggis.....biarpun itam, ku makan tetap manis....:D

Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi kita kan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..kalau tak silap mokwo..ikutkan jadual di kalender..1st Ramadhan jatuh this coming sabtu

Jadinya this few days..adalah hari yang mokwo peruntukkan untuk menghabiskan sisa2 makanan., tepung2 roti dan pendek kata meng-clear-kan fridge seboleh mungkin......

jumpa tepung roti barang 1  cawan...my doter nak sangat makan donut..umi nya pulak tak suka donut...so mokwo pun cari lah kekdah buat donut short-cut..:)

jumpa resepi ni yg lama jugak dah salin..mokwo hanya buat setengah adunan...jadi lah!!
ingatkan nak kerja senang...rupanya..leceh juga nak handle adunan donut nih yang melekit-lekit bila masa nak goreng...time nak goreng tu pulak...ada pula peminat  talipon...:D

adeh...sudahnya jadi lah donut mokwo ni hitam2 tompok manggis...lawo ape..ala2 kulit jeniper lopes gitew!!!(ayat cover line)

kalau dari segi rasa mengikut piawaian tekak mokwo nih..mokwo lebih sukakan donut yang di buat secara konvensional gituw...apa2 pun....mokwo suka cuba sesuatu yang baru...so kepada sesiapa yang berkenan..bolehlah cuba donut ni

Resepi asal dari TTM, tokeh corelle, tapi mokwo ambil dari blog Izah, tokeh baju .. ...:)..tq Izah dan TTM ,selamat maju jaya dalam perniagaan yang di ceburi !!


MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM

Bahan-bahan

220ml susu segar , panaskan 37C. *suhu agak2 je hingga dapat mencairkan butter
50g unsalted butter, lembutkan * izah letak 3 sudu besar
30g gula kastor *izah letak 4 sb
2 biji telur
5g dried yeast *izah letak 1 3/4 sk
2 cwn tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng

200g raspberry jam *izah tak letak
clotted cream, to serve *izah tak letak
2 tsp lavender flowers* izah tak letak
100g caster sugar



Caranya:

Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian bancuh  yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
*izah tak bancuh yis tu dengan susu pun. Izah satukan yis bersama tepung. Kemudian tuang susu n telur. Kacau rata. (mokwo ikut cara izah)
Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. Sila praktik untuk berjaya ye. hehehee..

Coated dengan jem kegemaran atau gula. Dah..sila makan dengan berseleranya. TQ.


 nota izah: goreng menggunakan api kecil. Lamakan sikit menggoreng donut ni supaya donut cukup masak hingga ke dalam.
klau dah tak dak masa sangat, mokwo suka beli donut di Big Apple Donut...sedap jugak donut dia..mewah dgn topping...padan lah dengan rege nya!

Thursday, July 12, 2012

Peringatan...!!!

Assalamualaikum....
hanya sekadar peringatan bersama terutamanya untuk diri sendiri............................
.



Bilalah daku nak start ber-diet !!!
Yahuuu Ramadhan is coming soon...errrkk tapikan jangan lah niat nak puasa semata-mata nak slim tau......nanti pahala puasa tak dapat..slim nya pun idak juge!!

Have a nice day to all! mokwo tersangat2 banyak kerja but really miss to blog-jog!

Monday, July 9, 2012

Nak Masak Apa ek??

Assalamualaikum....
tersangatlah boring nyeeeer hari ini...boring sebb mokwo tak dek geng makan2....pokwo puasa...jadi nya kalau masak awal2 pun macam tak best......mokwo ingat nak masak ikan senangin, tetapi sampai pukul 12 tengah hari , ikan ku masih kejung lagi...sudah nya mokwo dan si kakak makan nasik tunjuk2 jelah yang di beli oleh pokwo.....hihi..ini sudah terbalik...orang puasa yang cari makan untuk orang yang tak puasa !!! bertuah badan betul..!!

so sekarang udah petang..baik mokwo kerjakan si senangin tuh.....kang hanyir setaman pulak !! ini lah kesan nya kalau sudah melangut depan komputer....cadangnya nak take 5...tapi 5 hours blog hopping pun  terasa tak mencukupi...aaahhh...mokwo sudah jadi hantu blogging !:))....errrk nanti ada cerita hantu yang mokwo nak ceritakan.....kena kuatkan semangat dulu lah yek!!

kepada yang berpuasa tuh...Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka mokwo ucapkan...mokwo nak masuk 'office' dah nih...tata..tititutu..daaa

baru siap dessert pengat pisang kurang kolesterol...tukang masak dah makan 2 mangkuk..huhu...nyaman nyaaa!!

Saturday, July 7, 2012

Biskut Sugee.. Ramadhan mood !!!

Assalamualaikum.....
huuuih tenggelam lagi mokwo dalam kesibukkan urusan harian..tak sedar rupanya dah lama gak tak update blog kesayangan mokwo nih.......u aols apa khabar???...mokwo sihat dan baik2 belaka Alhamdulillah.......harap kalian berada dalam situasi yang menenangkan

hari nih nak review sikit tentang biskut sugee nih...majoriti orang suka makan lah....termasuklah mokwo...
biskut nih bukan saja mokwo wajib buat semasa Hari Raya...tetapi tak raya pun mokwo selalu sgt buat terutama bila mokwo melawat anak bujang mokwo...ini dia punya favourite

dah siap letak dalam teperwer

penggunaan bahan yang cukup simple dan minima.....getel2.... bakar ....daaaah siaaaap!

minyak sapi tuh..pastikan u aols guna minyak sapi yang berkualiti tinggi supaya rasanya lebih lemak berkrim......tahun2 sebelumnya mokwo guna minyak sapi QBB...tetapi sejak pengharaman nya dan penghalalan semula ...mokwo masih was-was nak gunakan minyak sapi QBB nih...pening aiiih...memula kata nya haram...then tup2 boleh jadik halal balik !! hemmm macam mana lah tuh yek?? apa-apa pun ..terpulang lah pada keyakinan masing2 ekk!

oklah kalau sesiapa berkenan boleh lah mencubanya.....tak raya pun boleh buat... utk kudap-kudapan mak budak2 yang tengah kuat makan...:D

biskut budget yang sedap looor!


                                                        BISKUT SUGEE

bahan-bahan :
3/4 cawan gula ising
3/4 cawan minyak sapi (mokwo guna jenama cow n calf)
1 sudu makan susu tepung
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus

hiasan:
ceri merah yang di potong halus

cara2
  • satukan minyak sapi dan gula ising dalam mangkuk adunan
  • kacau sebati dengan senduk kayu
  • masukkan baking powder, susu tepung dan garam halus. kacau sebati
  • masukkan pula tepung gandum, sedikit demi sedikt sambil di gaul dengan tangan sehingga membentuk doh
  • rehatkan doh dalam peti sejuk selama 20min.boleh start panaskan oven pada 175 C
  • keluarkan doh. ambil satu sudu kecil doh..dan bentuk bulat2
  • buat sehingga habis.hiaskan dengan hirisan ceri merah di tengahnya
  • bakar selama 20min atau sehingga masak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...