Pages

Thursday, November 1, 2012

Aidil Adha 1433 Hijriah di Kelantan dan kisah korban

Assalaamualaikum,
16 jam....bertolak pukul 11.30 malam rabu dari senawang ni, kami selamat sampai di kota bharu pada pukul 3.30pm keesokkan harinya .....MasyaAllah tidak terkata penatnya perjalanan kami hari tuh. demi sebuah kepulangan kepangkuan keluarga terchinta, rela kami berkorban.....kalaulah ada highway menghubungkan KL terus ke KB...arrrgh alangkah nikmatnya...angan2 10 taun dulu yg masih belum jadi kenyataan !
 Tahun nih, Alhamdulillah dengan rezki dari Allah swt, akak dapat jugak menunaikan ibadah korban..... lembu tempatan kat kampung akak nih kebetulan dah habis stok, so lembu akak di import khas dari thailand....chomel lembu dia..baka lembu daging berwarna kelabu putih....sayang lak nak sembelih...hihi







 proses korban akak ni di lakukan ada hari ke-2 hari raya Aidil Adha..seawal 8 pagi sedara mara dah pun berkumpul di wakaf berhampiran dengan tali air kat kampung akak nih...jom tengok gambar2..ade ssesetengah imej semacam sadis skit..so kepada yg lemah semangat dan ibu2 mengandung, harap tak yah tengoklah...:D
lembu yang bakal di sembelih harus di ikat kakinya dgn tali kuat2
tak ramai yang berani nak ikat kaki lembu ni, silap ari bulan bisa kena penendang free
aaaah dah baring dah pun, legaaa..masa nih yang lain bolehlah tunjuk macho, lembu dah tak leh gerak
Bismillahirrahmanirrahim...kita sembelih dia!
melapah kulit lembu perlu ade skill nya yg tersendiri, kalau tak pandai daging akan melekat dengan kulit, so manyak lugi looor!
sedap nih...kepala lembu, mak sedara Kak nik..buat gulai, perrrgh, otak lembu..tapi di sebabkan akak tengok camno lembu ni mati, akak mcm tak lalu nak makan  ....tapi bila akak tutp mata , habis jugak nasi 2 pinggan..hihi

nampak tak gelembung putih sebelah kanan tu, itulah isi perut lembu sedang di keluarkan


daging yang di potong tadi akan siap2 di bahagi secara gotng royng...seronok tengok..kerja cepat selesai!


Alhamdulillah, usai sudah satu perkara, Cuaca pada hari tu pun elok sesangat , sedara mara pun ramai yang datang menghulurkan bantuan...terimakasih daun keladi utk semua !

4 comments:

Acik Erna said...

assalam kaknik Ja..lenkali naik la kapai terobang he he..tak de la sakit2..tapi kalau tak raya pun mmang jauh jugak nak sampai kesana tu..sabo je la ye..

kasihilmar said...

Salam. Biasa la tu kalau nak balik raya, memang memenatkan, Tapi bila dah jumpa keluarga segala kepenatan hilang serta merta kan?

mama sara nur said...

assalam kak nik ja
memang kan ramai merungut pasal blk kg raya haji lepas jemmm giler he he kita pun blk ke taiping selalu 5 jam dah ada kat kg tp khamis tu 6 jam setengah br sampai
blk kl lglah lama
mak sy ada jg wat t sy tak g tgk pun tunggu daging kat umah je, blm ada keberanian hu hu tp insyaallah ada rezeki di thn depan pula
gambar pun x snaplah he he

akuzle ayu said...

sayo tok sanggup nok balik, mokwo... otok lembu meme sedak!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...