Pages

Friday, November 2, 2012

Puding Karamel paling Chantik...perasan...:P

Assalaamualaikum,

hokalolaah.....:).... bagi chan lah Kak Nik nak perasan jap....tapi memang betul pun..sebelum ni...memasak puding bertuah nih memang penuh gelembung ajer jadiknya....bila puding penuh gelembung, masa makan , rasa macam ade yang tak kena, macam tak rasa puding sepenuh sifat...:)..tektur dia ade sedikit kasar lah

lepas tuh akak came across satu video seorang akak jepun yg masak sama dog dia kat youtube..akak tengok puding dia..MasyaAllah...chantik mulus lagik wobbly je kejadiannya
setelah di perhatikan elok2...baru akak perasan bahawa ada beberapa steps yang dia buat, tapi akak tak pernah buat sebelum nih....

jadi jom akak share dekat sini pulak utk yu oals....ade yang dah tau trick ni, tapi akak share jugaklah ye...sebab sharing is caring..(soooo cliche)..:))
  1.  bila buat gula hangus, akak suka guna kuali melengkung yang buat goreng ikan tu, kadar keperangan gula senang nak control..jadi tak de masaalah gula boleh terlebih hangus
  2.  guna api yang kecil ajer utk buat gula hangus, dan silalh bagi tumpuan sepenuh masa...jgn dok gatai tangn buat menda lain..
  3. pastikan adunan telur ditapis dahulu sebelum di masukkan dalam loyang yang berisi karamel
  4. tutup loyang dgn aluminium foil sebelum di kukus, step ni paling  penting ! 
macam ni lah rupa puding selepas di kukus, biasenya kalau tak ditutup dgn aluminium foil, permukaan akan jadi naik mengelembung
resepi asal telah akak olah dari resipi Yansani dari My resipi sana...sedap resipi ni..tidak terlalu lemak atau muak, sebab ada penambahan air dlm nya...jimat jugak , memang boleh buat jual ni.



PUDING KARAMEL CHANTIK

Bahan-bahan ( utk dimakan sekeluarga )

buat gula hangus:

3/4 cawan gula-dibuat gula hangus
3 sudu besar air
 
  1. lengser loyng bulat 9" dengan sedikit minyak masak
  2. letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil
  3. tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat
  4. tuang dalam loyang tadi. ketepikan
Bahan-bahan Puding:

1 tin susu cair 400gm
300ml air
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telur A

Cara-cara

  1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.
  2. satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul2 larut
  3. masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati.
  4.   tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi
  5. tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus selama 45minit. 
  7. kalau nak tau puding masak ke tak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa2 melekat, maknanya puding dah masak
  8. tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding yek!


so dah tau trick2 membuat puding karamel?...jom kita pakat2 wat jual puding ni bulan ramadhan tahun depan....:D
selamat mencuba!!

10 comments:

Acik Erna said...

assalam kak nik ja..memang sah cantiknya ni..nanti nak cuba jugak ni..cantik dan sedap ni kan.

Sheila Shafeareen said...

salam kak sdpnya lama pulak saya x buat puding karamel....petang gini nak pulak hujan..lapar heee

K.Nor said...

cun, cantik , mulus jer puding tu nikja ... k.nor kalau buat puding karamel mmg suka letak air gak, biasanya 1 tin susu cair

Kak Nik Ja said...

assalam kak, sedap ni kak..kena dgn tekak kita nih..nanti cube yek!

Kak Nik Ja said...

sheila...time2 ujan memang lapar memanjang...akak buat puding ni...kita orgn sekali hadap tak dan nak sampai tengah hari..hihi

Kak Nik Ja said...

memang resepi asal syorkan letak 1 tin air...tapi kta kurangkan skit...hihi memandai je kan!

EmbunRosaliza said...

Assalam kak nik, mmg comel senghoti puding tu mulus jah tgk

Kak Nik Ja said...

hihi..mulus lagi sedak masuk peghut tuh!

Mayang ABDUL RAZAK said...

salam kenal kak nik.. mmg cantik pun ...

Anonymous said...

mtak share resepi ye..mcm sdp je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...