ROTI PAUN(sumber : rnana , Forum Komuniti Teratak)
Bahan-Bahan
*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver
3 bahan bertanda * saya timbang sekaliarung.. = 400gm semuanya..
Cara:
1) tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
2) lubangkan tengah.. masukkan telur..
3) masukkan majerin
4) gaul rata then masukkan air+yis
5) uli then masukkan pelembut roti..
6) uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
7) perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
8 ) bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)( mokwo glisskan aje ngan telur yg dipukul skit)
9) bakar about 20 minit @ 180C
10) bila dah masak.. gliskan dengan majerin...
*** lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi.. boleh terus masukkan kat oven.
.*** doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je..
1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..
*** kalau mak saya dia tak tunggu doh ni naik pun.. lepas uli.. dia terus bentukkan.. then tinggal kejap then terus bakar..
Nota : Resipi langsung dari sumber.
1 comment:
salam mokwo.
mengancam juga roti paun mokwo ni.
kakchik pun ada copy resepinya dari ros juga tapi belum ada masa nak buat.
tengoklah bila dapat beli tepung roti hujung minggu ni, boleh lah kakchik pula cuba.
home made bread ni memang laku sangat2.
Post a Comment