salam semua..sedar tak sedar hari nih dah isnin balik..masa begitu cepat berlalu bagaikan sekelip aje!..last week my hands were fulled..along hadi terpaksa disuruh balik ke rumah, kerna di syaki demam denggi..suhu badan panas mendadak mencecah 40 C selama 2 hari, 2 malam begitu merisaukan mokwo...mata along merah berair dan dia mengadu sakit2 segala badan..Syukur Alhamdullillah selepas 2 hari dirawat di rumah ,demam along beransur kebah,tapi badan along yg kurus melengkung masih kelihatan lemah...hemmm, mokwo pun apa lagi..tiap2 hari mokwo akan bagi along multivitamin mocktail..hahaha..sampai along pun naik kenyang hanya dgn makan ubats n vitamins jek!
selepas dihantar balik ke sekolah semalam, mokwo bekalkan along dgn multivitamin secukupnye diiringi dgn segala pesanan dos n don'ts, this n thats...along hanye tersengih panjang jek, tengokkan umi dia yo, yo or!
sebelum masuk asrama, along cium tangan mokwo n mintak maaf byk2 ..katanye dia dah menyusahkan mokwo n pokwo..hish!hish!hish!...kira airmata ibu nih nak menitik aje..tapi harus mokwo menten macho...mokwo hanya peluk along erat dan lepaskan along pergi.....kerana...Allah..
inilah di antara menu minggu lepas yg tak tau berapa hari asyik dok ulang2 masa waktu berbuka..menu kegemaran seisi keluarga mokwo jugak..mokwo suka kulit karipap sebegini yg menggunakan minyak, sebb karipap yg dihasilkan bukan saja garing tapi makan byk2 pun tak muak2..resepi asal dr mama mokwo..tapi besa lah kan, anak dia mesti gatai tangan nak alter skit sebanyak..moh leee nengokkan resepi nye!
kulit karipap:
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil garam*
1 sudu besar gula*
1/2 cawan air*--larutkan bersama
3 sudu besar tepung beras
1/4 cawan air atau lebih--hingga doh sebati melekat
cara:
-campurkan tepung gandum, tepung beras dlm mangkuk adunan. buatkan lubang ditengah2 dan tuangkan minyak masak. gaul ramas seperti serbuk roti
-masukkan campuran air garam n gula tadi.uli
-kalau adunan masih berderai tambah lagi dlm 2 sudu besar air
-biarkan doh selama 40 min sebelum di canai\
inti daging:
-3 biji kentang sederhana besar- buang kulit , potong dadu
1 carrot- buang kulit n potong dadu
200gm daging cincang
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 hiris halia*
1 peket rempah kari daging adabi + 3 sudu besar air- jadi pes
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
garam n gula
air secukupnye
minyak utk menumis
cara:
-panaskan minyak skit..tumis bahan2 kisar yg bertanda *
-masukkan rempah kari pes
-masukkan kentang, carrot n tuangkan air secukupnye hingga menutupi campuran kentang n carrot tadi
- bila kentang dah skit empuk, masukkan daging cincang
-perasakan dgn sos2, garam n gula secukup rasa
-kacau hingga inti jadi sedikit kering. sejukkan
cara membuat karipap:
-canai doh, letakkan inti dan terap dgn acuan karipap
-goreng terendam dgn api sederhana supaya masak sekata.
No comments:
Post a Comment