Pages

Sunday, December 26, 2010

bingka ubi gula melaka

salam semua pembaca budiman...
semalam lagi mokwo dah start baking...semangat tul nak baking2 ...rindu nak makan kek sebeno nyer...
bingka ubi nih kek jugak lah kan...kek tradisi gitew!!! 

nampak resepi bingka ubi nih kat blog nor--secubit garam...terus terliur...walaupun dah beberapa kali dok tangguh2 akhir nye menjadi gak...


yang pasti resepi nih adalah resepi bingka ubi yang terrrrrsedap pernah mokwo rasa...so sesiapa belum cuba...harus cuba tau...lemak manis ,lembut, tak dak pait2 ubi...bessss

this recipe is a keeper!!!
tq ayu, nor , kak fida myr (tuan punya resepi ) dan lain2 yg telah share ini resepi...mokwo ikut sebijik2 cara ayu...

Ingredients:- (9x9 loyang)
  • 1 kilo ubi siap parut-(Ayu tapis -buang airnya dan ambil kanjinya saja dan gaul balik dengan ubi parut tadi)
  • 300 g gula melaka*-(Ayu gunakan 225g aje)
  • 200 ml air*
  • 200 ml santan pekat*
  • 2 helai daun pandan*
  • 100 g gula halus-(Ayu gunakan 30g aje)
  • 3 biji telur
  • 2 sb mentega/majerin
  • 2 sb tepung pulut (mokwo guna tepung gandum)
  • 1/2 st garam
Method:-

  1. Masak bahan2 bertanda (*) hingga mendidih dan gula hancur kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Dlm sebuah mangkuk, campur gula halus, telur dan mentega dan di kacau rata.Masukkan ubi parut,garam campuran gula melaka dan kacau hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu mentega sekelilingnya
  4. Bakar selama 40-45 min pd suhu 160C.(Ayu bakar dalam 1 jam lebih sebab nak garing sikit atas and bawahnya tu.)
  5. Jika ingin permukaan kuih yg garing, hidupkan api grill dan bakar lebih kurang 5 min. Tahap ini, jgn ditinggalkan kuih di dlm oven tu, nanti permukaan kuih akan hangus...
  6. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan 
  7. Sources:-From kakfida@myresipi.com

4 comments:

Nieza said...

wah sedapnya bingka ubi ni mokwo...lum pernah buat letak gula merah...kat sini susah nk dpt gula merah....kalau ada bolehlah cuba nanti..:)

mokwonik said...

to nieza:
rasa nye boleh ganti dgn dark brown sugar..tapi tak pasti kat sana ade tak

Ayu said...

salam mokwo,
nak rasa sikit bingka ubi mokwo ni boleh tak..ada balance lagi?..hehe..oh yes, mokwo,
my search gadgets kat my blog tu..i am still trying to figure it out kenapa tak boleh function
when i added kan, only those blogs yang i linked aje yg keluar search engine nya tapi for my blog tak ada results langsung..actually dah ramai yg requested tapi bukan tak nak letak tapi tak boleh, macam di disabledkan gitu..
will put it up when dah boleh ya mokwo..thanks for highlighting juga..

mokwonik said...

tq ayu,,mokwo harap lepas nih boleh..senang kerja mokwo nak me'rempit' kat sana..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...