Pages

Wednesday, December 1, 2010

karipap pusing (or lapis )beralih pusat !!!

karipap pusing pusat sedap
antara 'model2' yg boleh di bawak majlis
resepi mokwo ambil dari blog mat gebu..
tersangatlah fragile nyerrrrrr...doh yg begitu rapuh dan ranggup...rasenyerr superb!!!
nak gelek doh tuh memang betull menguji imanku yg tipis nih!..

versi kuak lentang!!


1) kena lemah lembut time gelek doh tuh...buat kasar2 , alamat terkoyak rabak lah 'baju' dia..!!

2) lagi satu..tak boleh gelek terlampau nipis jugak..biarkan  sedikit tebal..bila di goreng dgn api yg sederhana ..karipap boleh masak sekata....no hal!
.
3) tabur sedikit tepung di atas doh utk memudahkan proses mencanai doh

4) jangan sekali2 gatai tangan nak kacau kasar2 time goreng karipap nih yeh!...mau nye jadi serdak kang!

basically ...just handle gently..lots n lotta tender loving care....huiiiiH! i'm glad i've finished these karipaps!

mokwo tak amek gambo 'd making of..' sebab dgn tangan mokwo yg berlemuih,  mokwo cukup tak reti  nak snap2...utk melihat cara2 melipat nye boleh pergi ke blog dapur tanpa sempadan di sini
atau blog sam Tan di sini....please help yurselves and dig lotta 'treasures' there

thanks Mat Gebu for sharing this superb recipe!!

BAHAN INTI :-)
300 g kentang, kupas, cuci dan dadu kecil dan rendam
1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca besar sos tiram
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
2 camca besar rempah kari
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Kicap cair secukupnya
1 cawan air

BAHAN PASTRY :-)
A...
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

B...
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk..
  2. UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
  3. Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
  4. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  5. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
  6. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....

6 comments:

Mas said...

mas suka karipap pusing..tak nak membuatnya remehh la...malas betul nak membelek lama2 karipap tu...jadi mas selalu beli jer...he..he...
rajin mak wok buat.....

Hann said...

mokwo... cantekknya karipap pusing nih.. tengok layer berlapis-lapis tu sungguh la jelesss..

mokwonik said...

to mas:
mokwo pung selalu8 beli ajerr..tapi kan yg resepi nih sah2 tak sama rase dgn yg jual

to hann:
hann try buat tau..sebelum tuh mesti ade semangat jitu!

Ayu said...

salam mokwo,
cantiknya spiral puff mokwo ni..rasa nak ngap aje dari sini..kita rasa nak kuis seketul tau...

Suzi said...

salam mokwo,
kemas je karipap pusing mokwo. sy pernah try buat tapi tak menjadi elok...huhuhu

mokwonik said...

to ayu:
ayu buat lah ayu mokwo betul2 syor kan resepi nih..karipap pusing paling sedap pernah mokwo makan..

to suzi:
erkk suzi ader jugak 2,3 ktui yg langsung x rupa karipap..mula2 susah ...lelama boleh tau pe'el dia ..jadi ok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...