Pages

Monday, March 21, 2011

Jika hidup ini semanis Sira ....






jika hidup ini selalu manis, kita mungkin akan sentiasa ketawa. bila banyak ketawa hati akan menjadi gelap gelita..kadang kala kita di uji dengan sesuatu yang pahit....mau di salahkan siapa?? takdir ...atau manusia?? atau Allah Yang Maha Berkuasa ??? eeeeiii jangan lah kita jadi manusia yang derhaka !!

kepada sahabat baik si kakak yang baru sahaja kehilangan bapa......mokwo kelu hilang bicara...mau berkata apa pada si gadis sunti yang mata berkaca2....mokwo doakan agar gadis ini bisa menjadi dewasa...tabah ,sabar dan tidak mudah kecewa.....

wahai anak, hidup ini umpama roda...ada kalanya terasa sepahit peria...di lain masa, terasa nikmat manis umpama sira...harap kalian tidak akan lupa..... supaya bergantung harap senantiasa..... pada Allah Yang Maha Esa!!

bahan2:
1 biji labu ( dalam 1 kg )-- buang kulit dan potong memanjang atau dadu besar2
1 1/2 sudu besar air kapur + air secukupnya untuk rendaman
5 helai daun pandan -- simpul
gula melaka secukupnya
gula pasir secukupnya
1/4 cawan air atau lebih, kalau sukakan berkuah2
sedikit garam

cara2:

  • rendam  labu dalam air kapur selama 4 jam
  • basuh bersih . tus kan dan gaulkan dgn sedikit garam, anggaran 1/2 sudu kecil
  • masukkan dalam periuk, kalau boleh guna periuk yang tebal vontotnya supaya tak hangus
  • masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan
  • masak sampai gula cair ..kalau ada yg tak cair sikit2 pun tak apa ..dengan api perlahan sambil periuk di tutup. tak perlu di kacau selalu
  • masukkan air, biarkan gelegak sekejap
  • angkat dan hidangkan..mokwo lebih suka kalau simpan sira nih semalaman dalam fridge!

4 comments:

Acik Erna said...

assalam mokwo.sira akak memang tak pernah buat..
ngaku nih..walau pun dah tua..tak pernah sekalai pun cuba..makan pernah la..kalau pi jalan masa hariraya..

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
saya pun tak penah menerai sira ni. Tapi kalau buat mesti en hubby tak pandang punya. Huahhh

Trying To Be Muslim.. said...

Mok Wo...yang manis is the bonus...yang pahit is the credit to get us stronger and wiser....:)

MMM sira....peberet ayu gak....

Kak Nik Ja said...

to kak erna :
waalaikumussalam kak erna, nih makanan kegemaran mak2 sedara kat kampung,depa buat sah2 manis..boleh cuba,senang n sedap gak lebih2 lagi yg sejuk punya

to kak sam:
waalaikumussalam...tak dak peminat, tak berbaloilah buat..meh makan umah mokwo je lah!

to ayu safieza:
betul tuh ayu..tiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi..
jom makan sira..ni kira mokwo je yg tukang perabih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...