Pages

Monday, March 28, 2011

Lempeng kampung dan kuah durian


Asssalamualaikum people....durian's fever is baaaaaaackk! mokwo buat kuah dan makan dengan lempeng . kalau makan macam tu saja , ku fening laaaah!
adunan lempeng yang cukup versatile nih, boleh buat lempeng..boleh buat roti jala dan boleh gak buat adunan takoyaki...cubalah ! lembut dan sedikit kenyal

kuah durian tuh  mokwo main campak2 jer, tapi resepinya iras2 resepi syahmi di myr..mokwo letakkan di sini buat rujukkan semua

 Lempeng Kampung

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 1/2  or 2 3/4 cawan air ( ikut pekat mana yang kita suka, lagi cair lagi lembut )
1 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

cara2:
  1. kisar semua bahan2 dalam blender
  2. biarkan pada suhu bilik selama 30 min
  3. panaskan non-stick pan
  4. ambil 1/3 cawan adunan dan tuangkan atas pan
  5. lenggangkan supaya menjadi bulat dan nipis
  6. masak sampai permukaan atas menjadi light colour, masak dah tuh!
  7. sedia di hidang, nak potong2 kecil pun boleh!


kuah durian resepi from syahmi myr

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 5 ulas durian
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna

Cara-cara

  1. Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
  2. Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Kalau nak makan dengan roti jala, klik di sini

7 comments:

izahdaut said...

mokwo... betui la skrg musim durian.banyak dlm peti ais tu ha. sedap gak kalau buat seri muka durian kan.mokwo..lawo lah buat lempeng cenggitu...cantik..cam usus pun ado..haha.guwauu

hani@debumelukut said...

alah sedap nyer ni....apalah mokwonik ni,rosak niat nak diet.

Nieza said...

assalam mokwo..wat apa tu? sihat ke?..haha saya pun kalau mkn durian yg fresh tu pening gak....tapi kalau msk2 boleh lak mknnya pelik kan..hehe btw sedap ni cicah roti jala ke roti benggali pun sodap..:)

mokwonik said...

to izahdaut:
usus!!...huhu...rase cm tak termakan lak! sib baik dah abeh!

to hani:
diet to kekdah nye simpan lam gobok lah dulu!

to nieza:
waalaikumussalam...mokwo sihat tq..bila durian dah masak tuh, gas2 dia dah hilang.. tuh sebb dah tak fening...nih teori mokwo lah nih! boleh pakai tak??

suraya said...

La...tengok sekali imbas tadi ingatkan bunga ros putih...
lempeng memang sedap. Saya suka kalau cicah dgn sambal tumis.

kak Erna said...

mokwo..ak lempeng..makan ngan sambal pun sedap tu..

mokwonik said...

to suraya:
sambal tumis....aaaaahhh terbayang akan merah yg menawan itu!

to kak erna :
mokwo makan dgn almost everything...sambal, serunding, kari, asam pedas , masak lomak dan lain2..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...