Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Assalamualaikum.....kepada pembaca yang budiman...
kekadang hidup ini tak selalu nya indah...tapi samaada buruk atau indah itu jugak bergantung kepada perspektif kita terhadap sesuatu situasi atau kejadian sebenarnya
last week, on cheerful saturday morning..mokwo sekeluarga telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya....Alhamdulillah mokwo sekeluarga selamat without any scratch biarpun begitu tatkala itu jantung mokwo bagai nak gugur mendengar dentuman yang begitu kuat dan anak2 dara mokwo dua orang yang duduk di belakang hanya mampu menangis kerana terkejut yang amat sangat...tapi yang tak selamat ialah kereta mokwo...huhu...habis remuk teruk bahagian bonet belakang...kasihan si 'maria' (kereta hitam kesayangan ku)
Vontot yang dulu solid molid sudah tak nampak ghupa lagi ternganga..umpama terngaganya mulut mokwo kerna begitu terkejut dengan musibah yang tiba sekelip mata !
jangan harap manusia yang melanggar kereta mokwo tuh nak keluar duit dia satu sen pun..dia suruh kami buat report polis dan proceed the repairing procedure by claiming his insurance...senang betul idup ko kan!!
tak pa lah.....ingat2 banyak kali tak guna jugak gaduh2...tak bawak kita kemana-mana pun ! so, seharian that day...kerja nya menguruskan si 'maria' ajer...terbantut segala agenda santai2, cuti2 semalaysia mokwo
kami tiba di rumah pukul 2 pagi dengan keadaan letih lagi frustrated...tiba2 pokwo menerima panggilan kecemasan dari kakak pokwo bahawa papa pokwo, my FIL sedang nazak di hospital kulim kerana mengalami gangguan pernafasan.... pneumonia...dengan kelam kabut, bertolaklah kami dari senawang nih dengan si'maria' yang rompong itew ke kulim, kedah...pada pukul 3 pagi gitu...FIL telah kembali ke Rahmatullah...dalam keadaan sedih kami gagahi jua perjalanan dan sampai ke kampung pokwo selepas subuh..
ahad itu...pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan sempurna...walaupun mahu berlamaan di kampung..keadaan cukup tak mengizinkan......isnin esoknya,.. pagi2 lagi selepas subuh..kami terpaksa pulang semula ke n9 untuk menguruskan hal2 'maria' pulak...gedebuk, gedebak...hari khamis, 'maria' officially di tahan di workshop utk di baiki
fuhhh!!!...satu minggu yang sungguh memenatkan mental dan fizikal buat kami sekeluarga !!!
setiap suatu yang berlaku....Allah sembunyikan seribu macam hikmah di dalamnya..kita manusia manakan tahu.... baik atau buruk...mokwo mahu senantiasa bersangka baik pada Allah...kerna di situ mokwo dapat satu kekuatan...lagi pun bukan kah segala sesuatu di langit atau di bumi ini adalah milikNya...harta maupun nyawa...hanyalah pinjaman....mokwo mau jadi hambaNya yang redha..sebab keredhaan itu akan menciptakan satu ketenangan.....InsyaAllah..
so sebelum mokwo mengundur diri...mokwo pohon kepada pembaca2 yang sudi agar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa mertua mokwo , Abdul Khalid bin Husain ..satu permergian yang amat di rindui dan moga Allah cucuri roh beliau dan tempatkan di kalangan solihin.... amin