Pages

Friday, June 29, 2012

Asam pedas Nyonya...Ikan Uji Rashid!!


Assalamualaikum................
salam sejahtera untuk semua....salam satu malaysia!!!...ada orang beli saham felda keer?? kalau yang beli tuh pasti senyum sampai ke telinga..sebab saham ni naik mencanak2 nampaknya....amboi!! bertambah lagi lah jutawan2  felda yek!!
eh...tidak lah, mokwo tak beli saham tu pun...nak main amanah saham bumiputra pun mokwo tak gheti...apa lagi saham2 berprestige (lagi penuh kontroversi !!)...involving ribu raban nih......sesaja, sekali sekala nak tahu jugak perkembangan isu2 semasa di Malaysia nih

oklah berbalik dgn menu ringkas hari nih....wa manyak suka hati looor...biasa nya masak asam pedas ..jarang2 nak sedap...kali nih tersedap lah pulook!! ..:D

mokwo buat guna ikan Uji Rashid (ikan mata besar!) ajerr...asyik dok buat ikan goreng..tetiba nak cuba sesuatu kelainan lah...nasib baik menjadi...... yahooo!! (mokwo nih fail sokmo bila buat asam pedas...selalu  jadi kuah nya pahit!!)

pada tekak mokwo rasenya lebih kurang macam asam pedas lain jugak..cukup tak reti nak mengklasifikasikan kan dia nyonya ka, johor mari ka, melaka ka...kita tau makan aje lah

kepada yg kepingin mencubanya...inilah resepi yang mokwo ambil dari DTS Mat Gebu...tq very much Mat for sharing!! mintak izin panjangkan di sini pulak yea!

                                                            ASAM PEDAS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

lawan dgn sayur sawi jepun kukus...curahkan saute bwng putih dan udang idup, sedikit oyster sos n lada sulah

Tuesday, June 26, 2012

Talam-Time......Talam Pandan Pisang

Assalamualaikum....
Terimakasih kepada yg sudi mengucapkan hepi birthday pada pokwo.....senyum meleret sampai ke tinge pokwo ku!!:))....i wish u aols can see! dan maaf banyak2 mokwo tak sempat nak membalasnya....hari2 busy mokwo sudah pun bermula

yang ni mokwo kena buat cepat2..pisang yang lebu lebam nih dah terjerit2 minta tolong di bereskan ...so jadi lah talam Pandan Pisang nih...

tq to Yatie....tekstur dia mokwo suka...tidak terlalu keras maupun tidak terlalu lembik, cukup mudah di olah.....kandungan gula nya pula mokwo lebihkan yek...bersesuaian dgn pisang nangka yg tawar dan sedikit masam yang mokwo gunakan...next time mokwo ingat nak tambahkan sebiji telur dlm adunan pisang...biar dia lagi lemak2....mcm lah selama ni badan haku tak cukup lemak...hihi

so lets check out d recipe...mokwo harap baca betul2 resepi nih coz Yatie ada menyertakan petua yang berguna !!

tq very much Yatie...mokwo tampal resepi di sini pula!!!

Talam Pandan Pisang
Sumber : Yatie SK 
Bahan Utk Lapisan Bawah-
loyang bulat 9 inci
 mokwo perah santan dari 1 1/2 biji kelapa parut utk mendapatkan jumlah santan di bawah!!!
  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.( mokwo lebihkan)
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.( mokwo lebihkan)
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.


Monday, June 25, 2012

Ayam Masak kicap berempah mamak Penang...fuuuh!!

Assalamualaikum wbt
Selamat berpuasa bagi yg sedang berpuasa.....dah masak ke belum tuh?? kalau belum dan ada ayam dalam peti ais..boleh lerr cuba resepi nih ye!!

mokwo buat guna ayam kampung jantan lagi teruna...:)) macam lah tau!!... sebanyak 2 ekor...memang tak sia2...anak2 dan pokwo cukup suka...sambil2 makan, mokwo teringatkan kat nasi kandar di restoran nasi kandar pelita di kulim kedah...rasanya iras2..cuma mokwo buat ni tak berapa pedas sebb amny memang tak tahan pedas...kalau pedas berdengung..memang lagi kaw!!

resepi asal dari mamak Haji, nya tuh cukup panjang dan sungguh berguna utk mendapt rasa original nya.....tapi mokwo ikut resepi ringkasan tulisan Madiha...lagi satu kan ..di sebab terlalu ghajin...mokwo blend segala mak nenek rempah dia termasuk serai...Alhamdulillah secukup rasa!!

Pasti akan di buat lagi dan lagi...terima kasih kepada diva2 yang dah mencuba, rekomen dan berkongsi resepi yang sedap nih!!!




AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes, Kak Ayu & MaDiHaA

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok)
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes)
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah)

Bahan kisar

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU.

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!


makan dengan roti canai sedap banget deeeh!!

Thursday, June 21, 2012

muffin pandan ajelah akhirnya.....

Assalamualaikum.............
Mokwo Orang kata 'verangan biar setinggi langit "...so mokwo pun beranganlah...nak buat kek yang canggih sekali, belang2....warna warni pelangi...di hiasi dengan icing pancawarna..buah-buahan exotic....hemmmmmm....zzzzzz!!!

pergi ke supermarket...mokwo balik dengan tangan kosong....kecoh!!!...amny hilang semasa mokwo shopping di sana..sudahnya mokwo fobia...lepas ketemu amny yang dah merah mata menangis bagai nak rak....mokwo tinggalkan trolley yang sarat barang tuh ..lalu terus balik

sampai di rumah..mokwo menepuk2lah pipi  yang gebu nih...awatlah tak di bayar barang2 tuh....kang dah tak jadik kerja haku nih...tapi kan suspen punya pasal..otak seakan shut down...blurrrrrrr

TEtapi janji harus di tepati...............so godek2lah apa saja..janji jadi seakan2 kek atau sejenis dengan nya....pokwo pasti tak kisah...pokwo memang tak banyak kerenah...yg banyak kerenah lagi mcm2 adalah mokwo..:D
fresh from oven!!

pokwo makan tanpa banyak tanya....walhal sebelum nya mokwo sudah janji kan kek yg bling, bling....dia kata sedap....apa2 masakan kalau di sertai dengan kasih sayang memang sedap, tambah pokwo lagi....aduh, duh, duh... tersentuh hati mokwo  mendengarkan kata2 pokwo...

Many Thanks my dear pokwo, sejuk hati dinda mokwo mendengarnya...ahaks.... and Happy  BELATED Birthday, moga senantiasa berada di bawah rahmat Allah swt!!!


hasil selongkar dapur kak Nor SG, resepi asal dari Rinnchan...yq very much ladies!!



MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat (mokwo tak buh)
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor (mokwo letak 140gm)
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.



sangat sedap rasenya..tapi sedikit dry pada tekak mokwo!



the next day..bahagian luar menjadi lebih moist, terasa lemak santanya!


Tuesday, June 12, 2012

Black Pearls...cara ringkas untuk memasak nya!

Assalamualaikum........

Mokwo belum masak lunch lagi...baru balik dari pasar tani di Ampangan
selepas selesai membersih ikan2..mokwo perkesahkah pulak si Black pearls nih....so before berlanjutan buat benda lain,mokwo nak buat quick update ...

black pearls nih mokwo beli di kedai bakeri Yummies di Bangi suatu masa dahulu:))....mokwo terlalu sukakan minuman di cool blog terutama sekali teh susu sejuk yang di letak black pearls nih...amat ketagih rasanya.......so mokwo ingat nak buat sendiri lah

bila mokwo google cara memasak,...macam2 ada....tapi mokwo buat ikut cara nih...lebih senang dan ringkas.
cara nih pun, mokwo tengok bebudak dekat cool blog tu sendiri yang buat...so have a try yek!

rasa nya kenyal2 nak iras2 cendol !! i like!


Bahan:
1 cawan black pearls( BP) kering /Tapioca pearls
5 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1 biji rice cooker

cara2nya:
  1. masukkan air dalam rice cooker
  2. tekan function 'cook' pada rice cooker tersebut
  3. biarkan air mendidih. kemudian masukkan black pearl yang kering
  4. masak dalam 15--20 minit atau sehingga semua black pearls bertukar jernih dan kenyal. sekali sekala bolehlah di kacau periuk tu. untuk mengelakkan black pearls(BP) dari melekat di dasarnya
  5. bila dah masak, tapis BP dan cuci sedikit dengan air  bersih
  6. masukkan BP dalam bekas bersih dan gaulkan dengan gula pasir...sedia untuk di guna!
  7. BP nih sesuai di masukkan dalam minuman kegemaran anda seprti teh susu, sirap bandung, kopi susu, mocha, choc drinks dsb!
Untuk cara alternative dan gambar BP yang kering, u aols boleh lihat di blog hazila my Small Kitchen

Monday, June 11, 2012

Dilemma Food testing 1.0........

Assalamualaikum

Hari Ahad mokwo masak...tapi hari sebelum nya mokwo tak masak heavy.....so mokwo menyarankan pokwo beli makanan aje di luar

Pokwo pun pikir2 punya pikir ...last2 dia singgah di gerai kenalan nya (Si A) yang menjual nasi ayam. sudah beberapa kali dah, kawan tu ajak pokwo untuk ke gerainya, mencuba masakan nya..masa tidak mengizinkan, lagi pun selalunya bila mokwo dah masak, mokwo tak bagi pokwo beli makann lain..nanti sapa lak nak perabih!! membazir kan

pokwo balik dengan 6 bungkus nasi ayam..mokwo ingatkan pokwo dapat free...tapi rupanya2 pokwo beli dari Si A..........aiiit........ingat kan Si A yang nak belanja tapi hampeh!! bukan main yo yo orr ajak kita orang ari tuh!!..huuurmmm tak pe lah...

bila mokwo tanya berapa harga nya...pokwo bagi tau rege dia RM xx.xx ( tak ingat dah mokwo!!) tapi pokwo kata pokwo bayar lebih coz kesian melihatkan Si A yang tiada berpelanggan waktu tuh dah si A pun muka macam sayu habih bercerita tentang perniagaannya  yang cukup lembab sejak kebelakangan nih
orang Melayu kan...bila berniaga tak laku...suka untuk menyalahkan benda2 lain....wal hal diri sendiri tak pula di muhasabah

mokwo buka satu bungkus nasi ayam...mokwo makan sikit.....mokwo rasa supnya..mokwo rasa pulak sos cili dan kicapnya..............hemm tau lah mokwo kenapa gerainya  kurang pelanggan, walaupun harga nasi ayam nya adalah lebih murah berbanding tempat2 lain...... mokwo tidak mau kutuk makanan tuh...cuma nya mokwo boleh katakan ,kalau nasi itu di jual dengan harga RM 1.50 pun belum tentu ada orang akan beli !!!

Mokwo modify nasi tuh buat nasi goreng, cili dan kicap nya mokwo buang sebab sudah ada tanda2 basi.....supnya pula mokwo panaskan balik dan campur sedikit fish ball, halia dan garam !! wallah voila...baru lah makanan tu edible !!

Hemmm bukan senang sebenarnya nak berniaga...terutama sekali food bisness nih...competition memang sengit...kalau tak mau buat betul2, sedap2...baik tak yah berniaga in the first place...

tapi siapalah mokwo untuk bagi nasihat this n that....mokwo tak pandai dalam selok belok bisness, mokwo hanya tau makan makanan yang sedap2 ajer....yang tak sedap mokwo tak reti makan...:D !!!

Mokwo harap Si A dapat perbaiki kelemahan diri nya sendiri, dapat masak sedap2...resepi nasi ayam sedap2 berlambak ada kat dalam internet nih....... dan berubah untuk menjadi lebih berjaya......sebenarnya mokwo tak sampai hati nak menegurnya dan komen lebih2 pada nya....

melihatkan dia membungkus nasi dengan keadaan nya yang berdengkut-dengkut kerana kaki nya yang cacat, pun sudah cukup meruntun jiwa, mulut ku pun macam terkunci  untuk berkata apa-apa.......

Jangan lah pulak dia suruh mokwo komen tentang nasi ayam dia tuh.....nanti haku tak tau nak cakap apa..takkan lah mokwo nak menipu pula...nak cakap nasi dia sedap......,tapi..... tak kan lah nak cakap benda yang betul pulokk!!!!

aduh!!! sesungguhnya kebenaran itu sangat pahit...lebih pahit dari ayam goreng nya yang hangus melegam itu !!!

ayam nih tak dak kena mengena dgn cerita di atas..ayam ni mokwo masak..... memang sedap!! ececeh!! angkut bakul sendirik!!


Thursday, June 7, 2012

Sesame Seed balls ,Bebola Bijan...or kuih bom !

Assalamualaikum,

Sesame seed balls...atau mokwo panggil kuih bom...biasanya mokwo nampak resepi kuih bom ni di olah dari ubi keledek yang di rebus...bila di goreng kulit nya  lembut......tapi resepi kuih bom yang ni di buat dari tepung pulut dan bahagian luar memang garing2 gitu...mokwo suka !!

dah lama mokwo tercari-cari resepi ni..kemudian Sonia dari Nasi Lemak Lover paparkan resepi yang menarik nih.....memang teruja betul untuk mencubanya...tapi takut2 pun ada ..al-maklumlah guna tepung pulut...takut meletooop...kababoom......:))....menambah lagilah koleksi parut2 kat muka dan tangan mokwo nih kang!:D

kalau u oals nak tau...susah nak beli kuih bom berintikan kacang merah nih...hari tuh masa mokwo nak hantar mama mokwo balik kampung di KLIA, sempat jugak kami makan2 di food garden ...mokwo nampak kuih bom bijan nih di jual...rege dia mak datuk!!! RM 1.50 sebutir...mahallah bagi mokwo.....so mokwo beli 3 butir ajer, pakat2 menjilat jari makan ...now tak yah susah2 pergi KLIA dan hanya bermodalkan tak sampai 5 hinggit, mokwo boleh dapat 15 biji kuih bom bijan nih..............hemm apasallah sangat cekik darah itu orang kan!

so meh lerr. tengok resepi yang agak simple ni ...pastikan  kuih tuh di goreng dengan api yang perlahan...bila nampak nak meletop tuh...angkat dulu kuih dan ketepikan sebentar...bila dah sejuk skit bolehlah di goreng semula sampai garing...mokwo suka bijannya yang garing2....InsyaAllah elok je jadinya

thank you very much to Sonia for this wonderful recipe...luv it so much....and allow me to C&p over here !!
 oooopps sebelum terlupa...Sonia ada bagi link untuk lihat video step-by-step dan resepi asal jugak dari video ini...bolehlah klik di SINI  untuk yang berminat...it really helps!

Jian Dui (Deep fried glutinous rice balls / Sesame seed balls)
mokwo guna wheat starch yang nih ..beli di kedai pasaraya berdekatan dgn rumah mokwo..rasa2 dekat kedai bakeri pun banyak di jual nih!
  
kanji gandum selepas di campur dgn air panas..likat dan jernih tak ubah macam kanji ubi!!

A) Dough
30g Tang Mien flour
(Wheat starch)
75ml water


Method
1. Warm Tang Mien flour over a pot of simmering water.
2. Boil the water and pour and mix with flour, combine well.
3. Cover and set aside. 


B) Syrup
120ml water
40g sugar
A pinch of salt


Method
1. Add sugar and salt with water in a pot.
2. Boil water till sugar melted, set aside.

To make dough
150g glutinous rice flour , sifted
3tsp baking powder, sifted ( mokwo guna 2 sudu kecil Baking powder biasa,or replace with 1tsp double action baking powder)
1tbsp cooking oil


Method
1. Add glutinous rice flour and baking powder in a mixing bowl.
2. Slowly add in the warm syrup (B), mix it.
3. Add cooking oil and Tang meng dough (A), and knead till smooth (count 75 times or about 90 seconds), cover and to rest for 10mins.

tukang nyibuk!

dalam 1  jam baru siap di getel semuanya...sebb melayan tukang nyibuk di atas!
 

mula2 mokwo goreng dua biji pada satu masa...tapi  lambat aiiih!!....boleh masukkan 4 biji sekali gus...tapi guna api yang perlahan ok
To deep fry
200g red bean paste or Lotus paste
Sesame seeds


Method
1. Divide red bean paste into small round ball (10g each).
2. Divide dough into small round ball (15g each), cover with cloth from time to time.
3. Flatten the dough and wrap red bean ball into round ball. Repeat the rest until finished.(wet your palm from time to time as the dough will dry up quickly)
4. Spray water on the ball, roll it on the sesame seeds.
5. Deep fry over low heat till puff up and golden brown.
kalau macam nak meletop, angkat kuih dulu dan ketepikan sebentar...kemudian goreng semula till garing


kuih nih memang jadik elok jek!

dalam 15 biji , ade 2 meletop jugak...tapi kira oklah tuh kan! kalau mokwo jual RM 1.50 sebijik....aduhai kayo mokcik weeh!!

Monday, June 4, 2012

Tuna Roll... make over!

Assalamualaikum....

weekend yang sungguh padat tapi mokwo usahakan jugak mengupdate....asyik dok tayang gambar dapur mokwo tuh...nanti takut ada jugak orang kata mokwo nak menunjuk-nunjuk pulak...tersangat lah segan nya aii!!

walaupun weekend penuh dengan kenduri kendara...pepagi mokwo sudah masak jugak....biasanya masak simple2 tapi cukup mengenyangkan...al-maklumlah bila pergi kenduri tuh bukan nya boleh nak makan yo yo orr sangat kan...sebb lauk2 kenduri semuanya lebih kurang sama ajer, jadi kita jamah mana2 sikit ajelah

semalam pergi kenduri, mokwo anak beranak dapat tempat duduk betul2 depan loud speaker....aduhai macam nak luruh jantung guwe mendengarkan bunyi-bunyian yang di pasang....lepas tuh ada lak yang sudi berkaraoke men'sumbang'kan beberapa buah lagu.....nasib baiik mokwo tak duduk lama...time duduk makan di situ pun, kitaorang bercakap macam masing2 dah kena pekak badak dah...cakap dan menjerit sudah tiada bezanya,....itulah budaya baru dalam majlis perkahwinan orang Melayu sekarang...DJ, speaker, lagu2 yang di pasang sekuat2nya,karaoke... sudah menjadi sesuatu yang wajib dalam memeriahkan majlis perkahwinan hari ini, ......hemmmmm maaflah yeah, mokwo cukup tak gemar!

roti nih mokwo buat sebelum pergi kenduri...tak sempat nak meng'roll' mokwo buat dalam bentuk bun...bergambar pun ala kadar sebelum selamat masuk tapuwer  sebb nak cepat...tapi rasanya memang superb...espacially tang intinya,...mokwo boleh ratah2 begitu shaja...next time kita cuba buat yg roll'ing2 pulak yeah! ( kalau rajin :D !!!)


resepi asal dari Mat Gebu...tapi mokwo sudah tengok ramai GMM yang dah mencuba dengan jayanya.....lagi satu disebabkan mokwo masih tak beli2 lagi itu bread softener n improver...mokwo gantikan dengan water roux seperti resepi di bawah...so izin kan mokwo letakkan resepi di sini pulak lah, by d way Mat pun cukup bermurah hati untuk meletakkan dia punya step-by-step...so do check it out at his lovely blog !

TUNA ROLL/ BUN

Water Roux:
1 sudu besar tepung roti
5 sudu besar air
-- satukan bahan2 kedalam periuk
-masak dengan api kecil sampai pekat..sejukkan dan ketepikan

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (mokwo guna semua water roux yang di atas)
1/4 camca teh bread softerner (mokwo tak letak)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega (mokwo guna shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa, mokwo guna 6 1/2 sudu besar air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...( mokwo buat bun dan isikan dengan inti.)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...