Pages

Wednesday, September 12, 2012

Kek Red Velvet Cheezy Marble ...seindah nama, sesedap rasa!

Assalaamualaikum,
mokwo ingat nak bahagi2kan kek nih pada kawan2 kakak yang tempoh hari hanya beraya dengan air kosong dan serdak biskut green peas....kesian depa!!...tu lah lenkali nak datang bagi tau awal2...ni idak, dah sampai depan pintu baru nak call...mokwo pulak tak ade di rumah mase tuh...so kakak lah yang layan kawan2 nya...dia buat keluar apa yang ada...

bila dah masak kek nih, si kakak pula dah pergi ke sekolah....so rezki my dear pokwo lah nampak gayanya!!

sedap kek nih...rasa nya pun tak terlalu manis...satu gabungan rasa yang cukup unik...bagi tekak mokwo ianya lebih sedap dari butter kek ...no wonder lah Kek merah baldu nih menjadi kegilaan ramai


resepinya mokwo ambil dari kak fida di My Resepi sinun...muchas gracias kak! sedap kek nih!

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. / 10")

  • Bahan A :-
  • 300 g gula halus/castor (1 1/4 cwn)
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair (1 cwn)
  • 2 biji telur 
  •  
  • Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt (1 cwn) - akak guna susu cair
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon 
  •  
  • Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 g tepung naik sendiri (2 3/4 cwn)
  • 2-3 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda 
  •  
  • Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla 
  •  
  • Bahan Cheese :-
  • 250 g cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag, mokwo guna sudu ).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
  8. Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
  9. Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
  10. Bakar selama 20 min atau hingga masak.
Untuk cara2 membuatnya yang lebih jelas, sila klik di SINI
kalau kek nih tak rentung di bahagain bawahnya, pasti akan lebih moist !!

6 comments:

muhaini said...

Tak nampak pun yg rentungnya ... Nampak sedap yg teramat adalah. Teringin :-)

Kak Nik Ja said...

itu rentung sudah kena trim n masuk lam mulut mokwo...hihi..tapi memang sedaplah kek nih! nanti try ekk!!

Acik Erna said...

assalam mokwo..tak aci..tayang gambo kek sedap he he

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam mokwo
mengancamlah rvc cheezy ni...maveles nengoknya tau
rvc dah memang sedap tambah kelainan gini fuhhh rasanya sepotong x cukup he he

Kak Nik Ja said...

hihi....aci lah.....kek rentung pun nak tayang gak!!!

Kak Nik Ja said...

assalam mama...memang sedap lerr..mama..ade jugak resepi yang tak sedap tau...hati2..yanag ni ok!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...