Pages

Thursday, February 17, 2011

apam snow white

haiyseymannnn... this time mokwo mengulangi kesilapan teknikal yg sama seprti mana yg mokwo lakukan pada pembuatan apan salju dahulu kala...hemm lupo!!! nak buek camnoooo...

mokwo sepatutnye memerap adunan apam nih lebih lama lagi, lebih dari sejam..kerana keadaan umah mokwo yg hampir2 tiada matahari masuk,  menyebbkan keadaan dalaman umah yang cukup sejuk dan nyaman...begitu jugak kisahnya kalau mokwo nak memerap kan roti...biasanye mokwo akan ambil masa 2 jam atau lebih utk adunan roti naik 2 x ganda...cukup seksa tunggu looor!

see d texture yg agak padat!!


so jadi nya apam ini ada sedikit terbantut lah..haha...next time hopefully i'll remember lah!!
dah bantut tuh, malaslah nak beli kelapa berbagai..lagi pun niat awal memang tak nak makan dgn kelapa pun...dari segi rasanye memang tak mengecewakan...

.lebih kurang macam rasa apam salju gak.....mujurlah mokwo dah kurangkan gula sedikit dan dah tambah sedikit garam dalam adunan, so memang sedap di makan begitu sahaja..lagi satu apam nih very2  menjimatkan!!!!...i looooike!!


terimakasih kepada semua yg telah berkongsi resepi nih!!!...ramai dah mencuba nih!







APAM SNOW WHITE
Resepi asal : qnq0910@myresepi.com

Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.
apam salju yg terbantut lagik membantutkan semangat pd zaman dahulu kala..hihihi




 

6 comments:

izahdaut said...

loo mokwooo..ngapa padat pulak..kalau gitukan peram je dalam oven yang hangat2 gitu..sah sah cepat naik kot..hehee..

hana said...

aritu kite terlebey perap... sampai membuak2 kuor dr acuan... hihihihi

cik ain | sweet thots said...

mokwo... comey doh tu... kaler pun cun.. kita jer x cuba buat lg ni.

Ayu said...

kita juga masih belum terbuat2 apam snow white ni..

Acik Erna said...

mokwo..nama apam ni pun dah menarik kan..
rasanya dah tentu sedap..

Kak Nik Ja said...

to k. ham:
waalaikumussalam ham..lohh apa pasai tak bagi tau awal2, boleh mokwo bekalkan sedozen!!hihi

t0 izah daut:
tu lah tuh tak teringat langsung..tak lelai kali mesti nak cuba lagik!

to hana:
halamak..ina ko perap kat ne tuh??

to ain:
sebenao nye masuk dlm adunan kaler tuh beberapa titik je..yg tertumpah abih kena tangan n baju, banyak..ikutkan malas nak kaler maler

to ayu:
mesti buat ayu..sonang banget nihh!

to kak erna:
ye lah kak erna terpikat dgn name nye yg begitu ayu macam den nih haah!hihihi...perasan!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...