Pages

Thursday, September 27, 2012

Red Velvet Cake..orang terlebih seni punya !!

 Assalamualaikum....
adeh..deh...deh..kalau dah namanye si keras tangan....keras kejunglah jadi nya bab2 mendeko nih...:))
akak buat kek Red Velvet ni..........guna resipi yang berada di blog Anna...ingatkan nak makan kek ajer..tak moh lah icing2 penambah lelemak akak di badan

bila dah habis buat...kek ni macam tak dek 'kick' pulak kalau tanpa icing...so akak dgn ter'paksa rela'nya buatlah crean cheese icing yang menggunakan whipped cream tuh

seksa jugak nak menunggu kan cream tu kental..dengan keaadaan dapur akak yang panas, bertemakan 'summer time sokmo'..dek leka buat kerja2 lain...akak ter'over' beat lah cream tuh...last2 cair melelehlah dia...takkan nak buang kan..sayang!!!

kita proceed lah jugak....buh icing dalam piping bag,,,picit punya picit ....satu hapah nozzle pun tidak mendatangkan bentuk yang cantik..bahkan jadik  huduh sehuduhnya

 AAAaaaarrrghhh...malas dah nih...lagi setengah jam nak kena ambik Amny dari school....akak carik botol...nak buat kek in tha jar kononnya....tak dek...botol2 ku dah selamat di jual kat apek 'paper lame" rupanya!!

nak tak nak...kek RVC, akak potonglah nipis2 ...masukkan dlm taperwei...lapis dgn cream cheese frosting yang tak menjadik tu...masuk dalam peti sejuk.....fuuuuhhhh selamat satu masalah...haha


nampak tak texture cream yang ter-over beat tuh
so bila nak makan..akak pun main cedok2 ajerlah...macam makan aiskrim...SEDAP NYEEER!!!

kita tutup dgn buah2....oklah nampak mcm mahal kan.. ...edible jugak!
lenkali kalau akak teeeerrajin yang teeeeeerlebih akak akan cuba lagi......buat deco2 munge pusing2..(ececeh, verangan mau tinggi!!).......

tapi tak leh nak katalah kan...Cik Abe akak suka naaa kek ber'cheese' ni...kalau dia ngidam..akak kenalah buat...susah2 akak ode ajeeeer dong...kan kita ni calon isteri Mithali giteww!!!...:D

oklah akak letakkan resepinya di sini pulak yek ...terimakasih kepada tokeh kek..Anna Qaseh AzZahra..tq to Cake2U...Maklang Azie n Anna Alisya utuk toppin nya yg marbeles !!


RED VELVET CAKE IN JARS
Sumber Resepi : Cakes2U
Red Velvet Cakes in Jars by AnnaQawina
Bahan-bahan
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar (kak Nik guna 200gm)
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)
 
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camb pewarna merah
 
E:
240ml buttermilk(Campurkan 240ml susu segar @susu cair dan 1 sdb cuka. Biarkan bancuhan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup/jar sahaja ya..
Untuk isian dalam jar, sila bakar menggunakan teknik water bath @ double boiling ya.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

-----------------------------------------------------------------------


RESEPI KRIM KEJU I
(Krim jenis ini sesuai untuk dibawa dalam perjalanan yg memakan masa agak panjang & acara di tempat terbuka yang agak panas sbb tak mudah lembik)


Cream cheese icing:
360 g cream cheese
70 g mentega
200g gula icing
Cara-cara:

Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
Hiaskan ikut suka.

-----------------------------------------------------------------

RESEPI KRIM KEJU II
(Krim keju jenis ini memang sedap & dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas & perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe)




Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya


Bahan-bahan Cream Cheese Topping II


500g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
250g CreamCheese
60g gula icing
110g butter
lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)

Cara2

Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.
(kak Nik guna yang ni)


Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..

7 comments:

Granny Hani said...

Godaan menggoda ni....

Acik Erna said...

tu la yang akak maleh nak cubo2 buek kek dengan icing bagai tu..memang tak pernah buat..he he..

inahar ali said...

perghhhh..menggoda banget sampai menjejes ayaqliuq pn.doc hehe!! bak 2 cup wat hadiah besday..huhu!

hana said...

salam kak nik ja.. aishhh macam pelik pulak nak tulis sbb biasa panggil mokwo.. hihihihi.... apapon kak nik ja tetap yg ku kenal seperti dahulu... ececececehhh skema btol ayat! kekekekeke

hakakkkk... kiter pong mmg terhingin beno nak menghase dan membuat si mende alah nih.. tp lom ade kederat yg btol2 di namakan kederat.. apa eh? hahahaha... kaber line punyer pasal tetap nampak kelassssss makkkk

Unknown said...

dah ok tu kek tu akak ni belum pernah try lagi hari2 dok tengok orang je dok buat rvc ni huh macam jeles sangat..

Ayu said...

Assalam Kak Nik Ja,
alahai kaku betul nak menaip ni ha..hahhaa
sebab dah biasa dgn panggilan mokwo..
apa2pun asal orang yang sama kita no hal lah kan..heheh
sedap nampak rvc kak nik tu ya..terasa teringin pulak sebab dah lama juga tak buat ni..hehe

tun_telani said...

hahaha... tema dapur summer time yg x tahan tuu.... xpe laa cair pun, baru berjaya menampilkan kreativiti terpendam ye kak. hihi.. sedap nmpk rvc tu, nmpk cam puding dah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...