Sepuluh
Pada pendapat mokwo, bila diberi tag nih bermakna orang tersebut berminat nak mengetahui diri kita dgn lebih dekat lagi..tapi kan sebenarnye kita boleh menilai diri seseorang tuh dgn hanya melihat blognye saje tau..secara sedar atau tidak, set up dan corak sesuatu blog itu melambangkan keperibadian seseorang..gaya bahasa, tutur kata, tona yg digunakan dsb lahir dr hati blogger tersebut...so secara kasarnye kita sudah boleh mengagak sifat semulajadi blogger tersebut....
hari nih mokwo sambung berblogging balik bermula dgn membayar hutang tag dari KAKCHIK keluargaku sayang
Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
Sila jawab dengan jujur..
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan: bila kt rumah, semestinye mokwo bergelar surirumahlah..klau kat luar tuh pakai title lainlah yg lebih glamor
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan: mungkinlah mokwo nih menjadi pendengar yg baik utk diorang..sebab tuh bila ade permasaalah ape2, rakan2 mokwo tak segan silu menceritakan segalanye pd mokwo..kekadang mokwo yg naik segan dan silu..hehe
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan: Mengikut turutan
1. menunaikan haji bersama2 pokwo dan anak2
2. Melangsaikan segala hutang-piutang yang ada.
3. memiliki sebuah kereta mercedes model terbaru dgn pemandunye sekali
4. memiliki kolam renang bersaiz olimpik kat belakang rumah
5. dapat menziarah kedua ibubapa kami yang jauh dan uzur sekerap yang boleh
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: tanya pokwo jap..alahai dia tak bagi siarkan lah pulok..pokwo takut terlebih glamorlah tuh...jadi kta nih sebagai isteri kenalah patuhkan kehendak suami ..betul tak??
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan:
1. seorang penasihat yang baik
2. tersangatlah serba boleh- mcam2 kerja yg pokwo pandai buat
3. teramat amanah dan bila diberi kerja, akan dibuatnye bersungguh2
4. hati yang sangat lembut tapi sensitf ya amat
5. simple dan tidak pernah cerewet atau jarang2 merungut
[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan: tak de nak couple2 nye..kawin terus aje..senang, kurang dosa skit hehe
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan: Berlaku dalam 1Ramadhan 4 tahun lepas dan rentetannya..dipersalahkan atas benda yg terang2 bukan salah kami....hemmmm
[#8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan: banyak..berubah ikut musim lah
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan: mokwo dah tak tau nak harapkan ape2 perubahan dr pokwo cuma mokwo berhrap, mokwolah yg akan lebih byk berubah utk pokwo
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
hemmmm 10 rakan ye...ape2 rakan pun boleh kot..sebab tak spesifik pun soalan nih..
pokwo
che dee
kak el
zet mbam
AJ
Inda
misi zila
mtdoi
kti
repee
tapi kan mokwo tak pastilah yg diorang nih ade baca blog mokwo ke tak???huhuhu
...harap kak chik puas atilah..segala kekurangan tuh sememangnye datang dr kelemahan mokwo sendiri...
1 comment:
salam mokwo. maaflah sebab lambat betul kakchik datang membaca jawapan tag mokwo ni. peristiwa pahit mokwo pun berlaku dlm bulan ramadhan ya. kami pun sama.
wah... bukan main besar lagi kolam renang yg mokwo idamkan. moga tercapai segala hajatnya.
kakchik puas hati. terima kasih mokwo.
Post a Comment