Pages

Thursday, March 25, 2010

ku ngidam non- stick pan baru...apam balikku hanguss!!!




hikhikhik...semput tau buat apam balik hanguss..harus ade kepakaran tersendiri...klau buat jual sah2 tak laku...1st n 2nd attempts are third degree burnt..tak leh nak masuk post, kerna ia boleh mencemar name baik company..hehehe..walau macam mane pun..atas kepakaran mokwo yg memang tak pakar langsung meng'kontrol' api..dapatlah jugak mokwo selamatkan beberapa keping utk berposing.tapilah bukan nak kate ape, yang hangus2 pun pun mokwo makan rase sedap tau..lemak berkrim lagik..actually mokwo masak guna kuali leper, kuali non-stick mokwo dah berpanau2....nampak gayenye kena buat usul pada pokwolah..hehehe (byk cekadak punye bini!!)


resepi asal dr joayee myr, tapi mokwo c&p fr dayang jack's blog...(ayu jek apam balik dayang..sedap mata memandang)..tq very much to all the lovely ladies!!


Resepi Apam Balik Sumber : joayee myr

Bahan-bahan ( 5 org )

2 cawan tepung naik sendiri } diayak (DJ guna tepung gandum)
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning (tak letak)
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Filling:

1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega
susu pekat (DJ tambah sendiri)

Cara-cara

# Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.

***homemade cream corn:
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

3 comments:

kakchik said...

kalau kakchik, yg hangus tu la yg kakchik suka. garing. sedaplah apam balik tu mokwo.

fuzidss said...

hangus pun sodap

MamaFaMi said...

Mokwo serve kat Pokwo yang ada third degree burnt tu ke? Kotlah nak hint hint suruh beli kuali non stick ke. Tapi bahaya gak tu, kot pokwo kata, tak yahlah beli kuali tu, beli je apam balik kat pasar malam. Cemana tuh! Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...