pernah kah anda mengalami dimane org yg pernah anda kenal suatu mase dahulu, buat donno jek bila berjumpe sekarang? suatu mase dahulu bukan main ramah mesra lagi berbicara, tapi tetiba jumpa kita, dia boleh buat tak kenal!..siap berpaling belakang lagi tatkala kita cube nak menegur dia ..kita yg sedari jauh dok terpoyo2 senyum terasa amatlah malunye!...hemm..tapikan kita sebagai hamba Allah seharusnye bersangka baik sesama manusia..justeru itu mokwo sangkakan yg hamba Allah satu lagik tuh mungkin dah tak kenal kat mokwo, dek kerana mokwo dah bertambah lawa sekarang nih..(sapa lagik nak puji kalau bukan diri sendiri) ataupun mata dia semakin rabun ayam jantan, siang memang tak kenal orang...muuaahahahaha...AllahuAkbar macam2 jenis manusia ade..takpe lah...
oklah lupaknlah si dia tuh...so far tak mendatangkan mudarat kat mokwo, meh tengok experiment mokwo bersama anak dara mokwo, si kakak membuat waffle..walaupun acuan waffle yg mokwo perolehi bukan sebagaimane yg di idamkan, tapi mokwo syukurlah jugak coz dah lenguh kaki tangan nak carik acuan waffle nih..rembat aje mane yg melintas..dr tak dek!
resepi yg mokwo c&p dr blog hana- sweet memories..hana lak amek dr mane? utk mengetahui lebih lanjut boleh klik kat sini!
waffle yg begitu lembut sampai kemalam.dan tidak terlalu manis, bisa di kuahi dgn ape2 pun..mokwo paling suka makan dgn butter n honey, the rest mkn ngan kaya or choc syrup...meh nengokkan resepinye..mokwo c&p dr blog hana
Bahan-bahan
2 cawan tepung *
3 sdt. baking powder *
1/8 sdt. serbuk kayu manis * (bahan * diayak bersama)
1 sb. gula- hana campur madu
1/2 sdt. garam
3 biji telor - asingkan putih n kuning
1 1/2 cawan susu segar -
5 sb. shortening (lemak sayuran) - dicairkan. (hana gune butter,mokwo guna myk masak)
1 1/2 cawan epal yang dicincang dadu - hana blend, mokwo dok buh..malas, next time should put this!!

Cara-Cara
Dalam mangkuk, campurkan bahan yang diayak dengan bahan kering lain.
Pukul putih telor hingga kental (soft peak).
Dalam mangkuk lain, pukul sedikit kuning telor dan campurkan susu, shortening dan kacau rata.
Tuangkan ke dalam adunan kering tadi dan pukul hingga bahan sebati.
Masukkan epal cincang dan gaul.
Perlahan-lahan masukkan putih telor dan kaup balik hingga rata.
Panaskan waffle iron dan sudukan adunan, ratakan. Tutup acuan waffle dan tunggu hingga masak dan garing (kecoklatan).
Hidangkan dengan syrup or filling kegemaran

2 comments:
Salam pengenalan Mokwonik. Saya Dayang Sophia dari Shah Alam. Saya adalah penggemear waffle dan tengah mecari machine waffle tak jumpa. Salam kunjung berkunjung
salam fuzidss, mokwo beli acuan tuh kat bangi..memang susah nak cari acuan tuh, if you are lucky u can get it in tesco..atau cube cari kat kedai2 yg menjual peralatan bakery..rasenya kat seksyen 13 ade satu kedai jual barang2 bakery..good luck!
Post a Comment