Pages

Tuesday, April 6, 2010

kek coklat tanpa telur

mula2 mokwo memang sedikit skeptikal nak cube resepi nih..yelah no eggs, no butter..dlm erti kata menyalahi etika pembuatan kek nih..tapi nengokkan dayang dah byk kali buat, dan cara pembuatan yg cukup menyenangkan idup..so mokwo give it a try..wallah it was so unbelieveable, the cake turn out to be so soft n nice..sejujurnye mokwo boleh kata, kelembutan dan kesedapan kek nih mengalahkan banyak resepi kek choc yg di cipta oleh chef2 terkenal...tak terasa pun masam dek cuka yg dibubuh..malah cuka itu mengimbangi rasa pahit kopi n serbuk choc yg digunakan..so sapa2 nak cuba tuh mokwo nasihatkan baca dulu penerangan cikgu dayang yg panjang lebar tuh..byk info2 n tip2 berguna dia bagi..beliau sememangnye tidak lokek dlm berkongsi ilmu..(teringat cikgu subjek SRT mase tingkatan 3, klau cikgu mokwo dulu tuh macam cikgu dayang nih, mau mokwo dapat keputusan A dlm kelas masakan..bukanlah sekadar cukup2 makan jek!..heheh) utk tips bakar kek boleh tengok kat sini atau kat sini mokwo c&p resepi dr dayang jack's blog
tq very much dayang!!



Kek Coklat Tanpa Telur
Bahan-bahan : loyang kecil
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)
Cara-cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan. *** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
Resepi Ganache
Bahan-bahan : anggaran shj
200 g coklat masakan (dipotong kecil2)
125 ml susu segar
50 g butter (dipotong kecil2)
50 g gula icing
sedikit esen vanilla Cara-cara : Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.

1 comment:

jual gantungan hanger said...

pasti enak banget tuh rasanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...