Pages

Wednesday, March 30, 2011

Tertunailah Hasrat Di Hati.....

lately internet service kat umah mokwo nih menjadi semakin slow...walhal baru je mokwo upgarde the service kepada yang lebih laju.....kok jadi sebalik nya lah pulak...bila nak upload gambar2, memakan masa yang sungguh panjang...mokwo lak lately tak dak masa nak bersantai2 depan komputer, jadi nya asyik terbantut ajer nak buat satu2 n3

oklah...straight to the point, lamaaaaaaaaaaaaa dah dok ngidam ini takoyaki...pagi semalam, gagah kan diri membuang begitu banyak vitamin "M" yang membalut diri ini, untuk buat takoyaki....buat pun sekali gus 2 adunan...hahaha..amek ko! Tapikan bila dah siap , 90% mokwo yang makan sendiri !!!!

mujurlah takoyaki nih kena jugak kat anak tekak mokwo...yang lain di umah, hanya main cuit2 , jamah skit2...sah lah depa tuh tak leh dok jepun..!

meh tengok video di bawah , untuk dapat gambaran yang lebih jelas cam no nak buat takoyaki nih



mokwo pun guna acuan yang lebih kurang sama macam dlm video tuh...acuan ni boleh di dapati dari chik mi's blog..just in case ada sesiapa yg berminat nak beli ! cumanye guna acuan nih , kena pandai control api..jangan terlalu besar , nanti takoyaki cepat hangus !!

hasil nya....taraaaaa...tak berapa nak bulat sebb mokwo malas nak top-up dgn adunan batter masa membakar tako nih....but rasa dia..... not bad at all ! next time, kena buat satu adunan sudahlah !!

sikit jerr tabur 'rumput-rampai'......bukan kedekut tau..,cuma tak suka hanyir !!!!


recepi's taken from madiha's blog, originally from Ilhammusafir.....tq dear..panjang lebar madiha tulis cara2 nak buat tuh !! tq 3x, mokwo tempek kat sini pulak yeah !

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki

1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki

Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan

Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
 
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. 
Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. 
 
Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat..
 
isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya
 
Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
 
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian.  Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.

10 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum mokwo...wah lama tak bersiaran rupanya masalah tenet yer...ramai juga kwn2 dan family kat Msia ngadu tenet slow mcm tu....sabar jer lah yer..btw sedap nengok takoyaki ni...rasa nk ngap jer ni..hehehe

Acik Erna said...

mokwo..akak pun camtu jugak..masalah tenet..
mokwo..kalau kuih tako akak suka la..kalau ada tambah yaki ni..memang tak buat la rasanya..
tengok barang nak cari pun tak jumpa..
sos plum pun sampai sekarang akak tak jumpa..jenuh ngintai kat kedai..

Kak Nik Ja said...

to nieza:
waalaikumussalam nieza, tulah tuh..ari2 mokwo koplen kat streamyx..biar depa panaih telinga..haha..apa da service!meh makan temankan mokwo dok perabih sorang!

to kak erna :
waaah ingatkan mokwo sorang jek ! sedap gak kak erna..tapi campur ngan soso dia rasa sedikit hanyir! tu lah ada org tak suka
sos plum tuh cuba kak erna cari kat econsave..mokwo jumpa yg jenama life punya
manakala sos tako,okonomiyaki, tuh ada jual kat jusco seremban 2..

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Mokwo apa kata kita buat line sendiri nak. Kita bayar duit tapi servis hampeh. nak tanya ni menu yang kat bawah ni ada lagi ke?

Kak Nik Ja said...

to kak sam:
menu di bawah dah lamaaaaaaaa abeh! hihi tak leh buat banyak2 , semput mokwo bau doyan!

K.Nor said...

laaa... apasal tak ajak nor join, tak perlu la mokwo makan sampai 90% tu.. boleh kita share separuh sorang hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mokwo....
wahh.. 2 adunan sekali? nasib baik tekak mokwo boleh telan... haha.. tp betul ler.. kalo org tak biasa.. bak kata kak rinnchan dulu.. mertuanya dulu.. di cebik je tengok takoyaki sbb nampak pelik.. hehe.. tp sebaliknya ngan family sy... nampaknya dorang semua suka.. aritu pun buat lg 2 adunan utk dinner.. x mkn nasi.. mkn takoyaki jer.. tq mokwo sudi mencuba yer.. mungkin kalau nak pure takoyaki.. kena ikut resepi dr sifu2 dapur yg lain.. tp tu ler.. susah nak carik bahan2nya tuh kan..

kak ina kl said...

memang syok buat takoyaki ni....dah lama tak buat

Ayu said...

Assalam mokwo,
bilalah kita nak buat ni ya..pelanggan kat rumah kita tu banyak punya songeh ..kalau nak beli ajelah..eh tak... boleh order dengan mokwo lah..

Kak Nik Ja said...

to kak nor:
tu lah kak nor naik senandung malam kan tinggal serdak ajerr :))

to madiha :
resepi yg lain tuh memang complicated skit..nak nyobut bahan pun tak gheti aaaih! tq for d recipe yek!

to kak ina kl:
betula tuh kak ina..berpeluh dr ujung rambut sampai ujung kaki!

to ayu:
kat sini susah mau oder..tak dak jual pung!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...