Assalaamualaikum,
kebanyakkan daging kurban hari tuh, akak dah sedekah2kan pada orang...akak hanya bawak balik sedikit tulang, ekor dan hati utk buat makan sekeluarga di somban ni......
masa kat kampung hari tuh, sebahagian tulang, mama akak dah buat singgang...emmm sedap jugak( air tangan mak, mesti sedap2 belaka)...tapi kali ni akak nak rasa masak sup bening2 pulak.....
biasanya kalau masak tulang ni, akak akan rebus dulu...kemudian bila dah sejuk, akak akan ceduk keluar lelemak beku yang terapung atas kuah...tak rela akak nak makan lemak tu...sebb badan pun dah tepu ngan lemak nih...:D
resepi dari
Norlie Ilham Masakanku , tq Norlie...tq jugak pada empunya resepi asal ie dari resepi turun temurun keluarga sahabat suami Norlie...sedap dan senang...tak dek nak kisah2 tumis bagai perencah dia...hanya sembamkan segalanya bahan dalam puyuk...gelegak...., daging dah empuk...... dah bleh hidang......klau nak buat open2 haus jamu org makan cukup sesuai nih......
so resipinya seperti di bawah....akak nak keluar jap...kicap lak habis.....makan sup tak dek sambal kicap...mcm tak sempurna ajer.....!....tapi kan....adeh3x...kat luar tu kejap cerah, kejap gelap....hemmmmmm! kicap oh kicap...ade tak sapa2 nak sedekah kicap kat Kak Nik ni???
|
daun pudina tuh Kak Nik yng tanam dalam pasu, mau jugak idup, subur dan banyak pulak tuh! tak larat nak makan, kita petik, bleh buat prop....hihi |
SUP TULANG ALA UTARA
cik Joi
BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH
: (sila ekjus sendiri bahan2 di bawah mengikut kesuaian daging dan tulang yang di masak)
* bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *
kentang (Kak Nik tambah)
carrot (Kak Nik tambah )
2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus (kak nik letak lada putih)
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)
masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga
daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan,
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam
supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di
tambah jika surut).
setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada
hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.
** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada
tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.
HIASAN;
bawang goreng
daun sup
|
ini Along Hadi punya portion...dah siap sedia dia ngan nasi panas kat belakang sinun! haaaiih kena bergambo cepat-cepatlah yek! |
Hujan itu satu Rahmat !