Pages

Sunday, January 30, 2011

nasi goreng cencaluk

dah tengah hari...tetapi di luar masih hujan..hari nih mokwo ada 2 kenduri yang harus mokwo hadiri......melihatkan hujan masih tak de tanda nak berhenti, nampak gaya nye tak jadi pergi lah gamak nye..pokwo pun tak benarkan..sebb dia tahu aje tabiat isteri dia, asal kena hujan datanglah semput2, dia jugak yg susah nanti....mokwo pun tak berani jugak nak ambil risiko....hemmm

sementara menunggu, perut masing2 dah berbunyi mintak di isi...waduh, ikan masih kejong dlm esbox....kita buat nasi goreng ajerlah......ingat nak makan jamah2, tapi terlebih sudahhhh!!!!...ni sebb nasi ni sedap ke, or terlalu lapar ?? pep pong berselera kita orang anak beranak..kenyang boleh tunggu setakat petang nanti !!!

bahan2:
3 cawan nasi
3 sudu besar cencaluk
segenggam ikan bilis--basuh bersih
200gm daging hiris kecil
1 labu besar bawang besar--cincang
4 ulas bawang putih--cincang
10 biji cili api--cincang
sayur kailan- potng kecil
2 biji telur
2 sudu kecil cuka --boleh kurangkan
kicap manis secukupnye
garam kalau perlu--rasa dulu baru letak sebb cencaluk dah memang masin
minyak utk menumis
daun ketumbar-- hiasan

cara2:
  1. panaskan minyak, goreng ikan bilis till garing..ketepikan
  2. dgn minyak yg sama tumis bawang2, cili padi hingga naik bau
  3. masukkan daging, cencaluk dan cuka
  4. kuis bahan goreng tadi ketepi kuali skit. then pecahkan telur..kacau til masak dan sebatikan dgn bahan tumis tadi
  5. masukkan nasi dan sayur , ikan bilis goreng dan perisakn dgn kicap manis secukupnye
  6. hidangkan dan hias dgn daun ketumbar

7 comments:

Unknown said...

waduh mokwo sungguh menyelerakan nasi mokwo ni...saya nk order 1 set la lama dah tak mkn cencaluk ni...:)

RynaHakimi said...

tak penah cuba lagi nc goreng cencaluk ni..hmm..menarik.leh buat nanti nih..tq mokwo 4 sharing =)

anymz said...

wah,saya masuk dlm list lah nasi goreng ni..nampak sedap tu mokwo..tambahn hujan2 ni..tak berenti2 dari semalam kan?..

Acik Erna said...

assalam mokwo..tak leh jadi ni..nak kena pi beli cencaluk..
dah banyak resepi ada cencaluk ni..kena pi melaka..beli sebotol..

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Selalu nampak mokwonik kat dapur cikgu2 saya. Tapi segan nak tegur. Tapi tak pe hari ni kuatkan semangat. Tu yang boleh sampai kat sini.

K.Nor said...

camna nak goreng nasi ni, cencaluk dah say baibai..hu hu

Anonymous said...

Admiring the time and effort you put into your site
and in depth information you present. It's great to come across a blog every once in a while that isn't the same unwanted rehashed information.
Fantastic read! I've saved your site and I'm including your RSS feeds to my Google account.



Feel free to visit my web-site :: cellulite treatment reviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...